Friday 1 May 2009

Kunjungan Hormat ke IO

Alhamdulillah, syukur kita kehadrat Ilahi kerana kunjungan hormat Kelab Melayu Hull ke Pejabat Antarabangsa (International Office), University of Hull telah berlangsung dengan jayanya pada 29hb April 2009 bermula jam 10.00 pagi yang lepas. Pertemuan empat mata dengan Pegawai Antarabangsa, Puan Radhika Longbottom ini telah berlangsung selama 1 jam.

Pihak Kelab telah diketuai oleh Sdr Shafudin (Pengerusi), Sdr Meor Azli (Timb. Pengerusi), Sdr Zuber (Setiausaha), Puan Noriza (Ketua Biro Wanita) dan Sdr Ahmad Inamul Hasan (Ketua Biro Penerangan).



Pelbagai isu telah diutarakan bagi merungkai permasalahan semasa. Perbincangan seperti ini amat bermakna buat kita khususnya dalam rangka hal-hal kebajikan masyarakat Melayu yang belajar di University of Hull berkaitan dengan kedatangan pelajar baru, pembaharuan visa, yuran pengajian anak yang ingin mengikuti pengajian di Universti, “council tax” dan penggunaan ruang oleh Kelab serta peruntukan kewangan daripada Universiti ke Kelab.

Kunjungan sebegini begitu penting kepada pimpinan yang baru mengambil alih teraju Kelab dan juga Puan Radhika Longbottom yang juga baru menjawat jawatan Pegawai IO yang jua menjaga kepentingan pelajar luar negara Malaysia, Brunei, India, Bangladesh dan Pakistan. Semoga dengan adanya kunjugan seperti ini, maka hubungan antara komuniti dengan pihak IO dapat dipereratkan lagi..

No comments: