Sunday 26 April 2009

Pertemua Bersama YB Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri


Salam Sejahtera, satu sesi pertemuan bersama Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Y.B. Dato' Mustapa Bin Mohamed , telah berlangsung di Malaysia Hall, London UK pada hari Ahad bersamaan 26 April 2009, 11.30am-3.30pm yang lepas.



Deligasi dari Hull yang diketuai oleh Pengerusi, Sdr Shafudin; Setiausaha, Sdr Zuber; KB Pendidikan & Kerohanian; Sdr Hj Razali, dan KB Penerangan, Sdr Hasan. Rombongan deligasi ini telah bertolak dari bumi Hull pada tepat jam 6 am dan telah selamat tiba di Malaysia Hall, London pada jam 10.30 am.


Antara intisari perjumpaan dgn MITI:


  • Kupasan Konsep Satu Malaysia yang telah diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Antaranya adalah untuk meningkatkan lagi integriti antara kaum di Malaysia khususnya dalam pentadbiran awam.


  • Dasar Perdagangan Malaysia dan cara untuk mengatasi masalah kegawatan ekonomi yang melanda dunia, khususnya Malaysia dari segi cabaran dan impak terhadap negara.


  • Penerangan mengenai konsep penswastaan dalam kerajaan dan kesan terhadap negara.


  • YB Dato` juga amat mengharapkan agar Malaysian, khususnya para pelajar dapat memberi perhatian terhadap pelajaran serta bergaul mesra dalam masyarakat setempat.
Bagi perkembangan lanjutan, akan disampaikan oleh Pengerusi, Sdr Shafudin dalam perjumpaan komuniti pada minggu hadapan.

..........................................................................................................................................................................

Semasa dalam perjalanan pergi dan pulang dari London, sedikit muzakarah ilmu telah diadakan.
Antaranya adalah..

Bahasa Jawa

Orak = tidak
Reti = tahu
Keneng = boleh
Waras = sihat
Kerasan = serasi
Nyangkong =meminta

Antara Ciri-ciri Pemimpin yang 'dynamic' :

1. Banyak membaca, berfikir masa hadapan
2. Beriman dan bertakwa
3. Berketerampilan
4. Tidak mudah melenting.
5. Mesra & selalu berdamping dengan masyarakat.
6. Berilmu dan mengetahui perkembangan semasa dalam dan luar negara
7. Mahir dalam pelbagai bahasa & pandai menggunakan 'bahasa' yang sesuai bila bertutur

Antara doa Nabi Allah Ibrahim A.S. bermaksud :
ya Allah, kami memohon zuriat-zuriat yang soleh & soleha.., kami memohon nama yang dikenang pada generasi yang mendatang...

Nota: Kita harus menyedari, "dikenang" dan "disanjung" adalah perkataan yang berlainan makna. Masyarakat Melayu yang kaya dengan adat, bahasa dan tradisi sentiasa tidak leka atau melupakan ungkapan tersebut apabila bercakap mengenai sesuatu isu atau perkara yang berkenaan.

Kelab Remaja Hull

Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi dengan limpah kurnianya telah dapat kita mengumpulkan anak-anak remaja Melayu Hull ketegori sekolah menengah dalam satu perjumpaan bersama Pengerusi Kelab dan Ketua Biro Dakwah dan Pendikan.

Perjumpaan ini telah diadakan dengan jayanya di kediaman rumah Sdr Hj Razali pada hari Sabtu 25 April jam 7 pm-8.30 pm yang lepas.

Matlamat utama perjumpaan ini adalah untuk menubuhkan Kelab Remaja Hull. Bilangan remaja dibumi Hull didapati kian meningkat dan kita melihat ia adalah satu perkembangan positif. Dibawah kelab ini, para remaja akan diajar dan diberi kebebasan untuk berdiskusi antara mereka samada mengenai ilmiah mahupun menentukan/merancang aktiviti yang bersesuaian untuk diadakan dikalangan mereka. Kelab ini dipimpini oleh adik Nashrul dan adik Syahida. Kelab ini akan dibimbing oleh Pengerusi dan AJK Kelab Melayu Hull.

Selain itu, kelab ini jua bertujuan untuk melatih remaja kita untuk lebih berketerampilan agar dapat berdaya saing dengan masyarakat melalui pendedahan melaksanakan perbincangan, membuat kertas kerja dan semangat tampil kehadapan untuk melontarkan pandangan serta progam pertukaran anak angkat.

Semoga Kelab Remaja Hull dibawah pimpinan adik Nashrul dan adik Syahida dapat berkembang maju dan mencapai matlamat penubuhanya. ameen...

Saturday 4 April 2009

Program bacaan Yassin dan Tahlil

Satu majlis bacaan Yassin dan tahlil serta tazkirah ringkas selamat diadakan sebagai menggantikan siri Al-Kulliyah mingguan pada minggu ini, bertempat di kediaman Sdr. Ahmad Rohidi dan Pn. Noriza Mohd Jamal di 37, Raglan Street, Hull, HU5 2JN

Majlis dimulakan jam 5.00 petang dengan tazkirah mengenai riwayat dan perjalanan hidup Imam Shafi'i oleh Sdr Muhammad Fuad Othman. Hebahan maklumat semasa oleh Sdr Shafudin Mohd Yatim dan Meor Azli turut diambil manfaat.

Dalam program ini kami dapat berkenalan dengan Dr. Hisham & isterinya Azlin yang baru pindah ke Hessle pada pertengahan bulan Januari 2009. Mereka tinggal di 4 Oaklands Drive Hessle Hull HU13 0LU.

Semoga semua ahli dapat menyertai program seterusnya.