Tuesday 30 June 2009

Al-Kuliyyah 28 Jun, 2009

Alhamdulilah satu siri al-kuliyyah telah berlangsung degan jayanya di rumah adik-adik bujang (Khiril, Khairul, Ezzat dan Hasan)beralamat 223, Greenwood Ave pada hari Sabtu, 28hb Jun 2009 yang lepas.

Program ini telah dimulakan dengan bacaan al-matsurat yang telah dipimpin oleh saudara Shafudin.

Wednesday 24 June 2009

Mini Hari Keluarga & Penyampaian Sijil


Satu majlis mini hari keluarga komuniti Melayu Hull telah diadakan di Humber Bridge Park pada 21hb Jun yang lepas. Majlis ini telah bermula pada 12 tengah hari sehingga 4 petang dan telah dihadiri semua lapisan umur warga Melayu Hull.



Antara aktiviti yang telah dijalankan semasa mini hari keluarga ini adalah:-

BBQ dan Makan (sebahagian daripada makanan telah dibekalkan oleh kelab manakala sebahagian lagi telah disediakan oleh ahli komuniti secara pot luck)
Penyampaian cenderahati kepada ahli komuniti yang akan pulang ke Malaysia.
Penyampaian Sijil AJK Kelab UMNO Hull Sesi 2007/2008



BBQ; sememangnya aktiviti yang dapat meningkatkan semangat permuafaktan antara komuniti. Ini kerana, dalam usaha menghidupkan bara dan mengekalkan tahap kualiti makanan yang dibakar, ia sememangnya memerlukan kerjasama antara ahli yang terlibat.



Selain itu, kesudian warga Melayu di Scarborough dan saudara-saudari yang bekerja di bumi Hull untuk turun menyertai aktiviti kali ini menunjukan komuniti kita komited untuk bersama-sama meningkatkan hubungan ukhuwah yang telah terjalin.

Sunday 21 June 2009

Aktiviti memetik buah Strawberry


Satu aktiviti memetik buah Strawberry di PYO telah diadakan. Aktiviti ini bertujuan memberi pendedahan kepada umum tentang pokok Strawberry. Selain itu, ianya bertujuan mengisi masa hujung minggu bersama komuniti Melayu di bumi Hull. Aktiviti ini telah dijalankan pada hari Sabtu 20hb Jun 2009 yang lalu.







Ladang Strawberry PYO terletak hampir 8 batu dari bandar York. Harga yang dikenakan bagi setiap kilogram buah Strawberry yang hendak dibawa pulang adalah £3.45. Tiada bayaran yang dikenakan jika kita memakan buah Strawberry di ladang. Oleh itu kita bebas memakan sebanyak mana yang boleh!!!...








Selain penuh dengan khasiat vitamin, buah ini jua melicinkan sistem kumbahan manusia, justeru itu, adalah diingatkan kepada pemakan agar dapat menyediakan diri di dalam 'toilet' bagi hari berikutnya.





Aktiviti diteruskan dengan melawat National Train Museum yang terletak di bandar York. Masuk ke dalam museum ini adalah percuma dan hanya beberapa 3D (visual) pameran yang dikenakan sedikit bayaran. Museum ini ditutup pada jam 6 petang.


Hampir semua keretapi yang terkenal di dunia boleh dijumpai di dalam museum ini. Penerangan yang diberikan adalah terperinci. Ia meliputi dari bagaimana engin stim berfungsi sehingga ke set peralatan hidangan yang terdapat dalam sesebuah kereta api.





Museum ini amat sesuai dilawati oleh semua lapisan umur khususnya mereka yang mengambil bidang kejuruteraan. Ini kerana museum ini menyediakan keratan rentas bagi kereta api berkuasa stim.





Saturday 13 June 2009

Wacana Ta`dib Islami


Alhamdulillah, satu majlis forum Pembinaan Generasi Sallehudin Al-Ayubi telah berlangsung dengan lancar bertempat di North Community Hall, 37th Ave, HU68AU, Hull. Program julung-julung kali diadakan ini merupakan anjuran bersama Kelab Melayu Hull, Kelab UMNO Hull dan MISG-ABIM UK & Eire. Penyertaan program ini adalah dibuka secara percuma buat semua komuniti melayu di UK khususnya komuniti melayu Hull, ahli kelab UMNO UK dan ABIM UK & Eire. Program ini telah dijalankan pada hari Sabtu 13hb Jun 2009 yang lepas.


Ahli panel undangan pada program kali ini merupakan dua orang tokoh ilmuan yang terkenal iaitu Dr Mohd Farid Mohd Shahran (UIAM) dan Ustaz Erfino Johari (MSD). Aturcara program telah dimulakan dengan santapan makan tengah hari. Kemudian diikuti dengan sesi forum. Bagi adik-adik kecil, sesi tayangan video yang bersesuian telah disediakan buat mereka.


Antara intisari forum adalah mengupas kepentingan sistem pendidikan dalam melahirkan generasi ummah yang berketrampilan dan berdaya saiang. Dr Mohd Farid menekankan mengenai konsep pendidikan asas dalam merubah sesuatu pemikiran masyarakat. Ustaz Erfino pula menambah dengan tanggungjawab dalam membina ummah yang cemerlang terletak ditangan semua umat Islam dan usaha ke arah itu perlu dilakukan. Ia bersesuaian dengan firman Allah yang maksud Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, sehingga mereka berusaha untuk mengubahnya..
Kita sering kali melafazkan ayat berikut setiap kali kita mendengar musibah etc kematian "kepada Allah kita datang, dan kepada Allah jua kita dikembalikan". sebenarnya ayat ini secara tidak langsung menjawab 2 persoalan (tanpa jawapan yg tepat) yang telah timbul di kalangan tamadun barat. Persoalanya ialah dari mana kita bermula dan apa yang akan berlaku pada kemudian hari (pengakhiran kita). Sebab itu lahirnya cerita seperti "The Matrix" dimana jika kita hayati cerita ini, penulis cerita ini sebenarnya ingin melontarkan persoalan-persoalan pokok tentang permulaan dan pengakhiran kehidupan manusia.


Suntikan Motivasi PhD


Satu majlis perkogsian ilmu dan motivasi bersama Dr. Mohd Farid Mohd Shahran telah diadakan dengan jayanya bertempat di 32 Sidmouth Street, Newland Ave. Program ini bermula dari jam 8.30pm sehingga 11.30pm pada 12hb Jun 2009 dan telah mendapat sambutan oleh semua lapisan umur warga Melayu Hull.





Pada amnya, program ini diadakan khas buat mereka yang sedang mengikuti pengajian di peringkat PhD, namun program ini telah dibuka kepada semua komuniti Melayu Hull. Dr. Mohd Farid Bin Mohd Shahran merupakan Penolong Profesor di Jabatan Usuludin dan Perbandingan Agama di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Beliau telah mendapat pendididkan awal di Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu, Negeri Sembilan (1984-1988). Beliau kemudianya meneruskan pengajian diperingkat ijazah dalam jurusan ilmu dan wahyu di UIAM (1990-1994). Memperoleh M.A dan PhD dlm bidang Pemikiran Islam di Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC). Thesis M.A beliau berkaitan dengan Mantiq sementara thesis PhD berkaitan dengan Fahaman Ketuhanan dalam ilmu Kalam.



Antara Intisari Motivasi beliau adalah pemikiran ilmu membawa kita mengenal Rabb dengan lebih mendalam. Beliau turut menyentuh mengenai konsep asas ilmu di mana ilmu boleh dibahagikan kepada dua iaitu ilmu fardu ain (wajib ke atas setiap individu) dan ilmu fardu kifayah (wajib ke atas manfaat masyarakat). Ini bertepatan dengan maksud fardu kifayah seperti penghantaran penuntut untuk mengikuti program PhD, sesetengah individu terpilih oleh kerajaan. Individu tersebut seharusnya berusaha bersungguh-sungguh sehingga berjaya kerana mereka mewakili sebahagian daripada masyarakat dalam mendalami pelbagai ilmu.


Program turut menyentuh mengenai dengan fahaman-fahaman akhidah di Malaysia. Antaranya adalah fahaman Islam liberal dan Sister In Islam (bahkan fahaman seumpama ini telah berkembang pesat dan telah menguasai media seperti di Indonesia). Di mana kita turut melihat kebanyakan mereka yang mengikuti aliran ini terdiri daripada golongan profesional. Hujah yang dibangkitkan oleh golongan ini seakan-akan bernas, hanya mereka yang alim dalam agama mampu mematahkan hujah yang dibangkitkan. Antara isu dan permasalahan yang ketara adalah mengenai golongan anti hadith atau menolak hadith kerana alasan mereka di antaranya dikatakan terdapatnya percanggahan antara hadith dan hadith itu sendiri telah ditulis secara formal selepas 200 tahun kemudian oleh para imam hadith termasuklah oleh Bukhari dan Muslim.


Kali pertama mendengar hujah ini, kita seakan-akan "goyang" kerana kita sendiri alpa dengan ilmu hadith dan kita tahu hadith telah ditulis secara formal selepas 200 tahun kemudian.

Sebenarnya adalah diperjelaskan, tiada percanggahan antara hadith-hadith "hasan" dan kita harus ingat bahawa minda warga Arab adalah mudah untuk mengingat kerana pemakanan mereka adalah terdiri daripada susu, buak kurma, buah badam which 'enhance' atau melahirkan pemikiran yang tajam bagi mengingati sesutu perkara. Hadith sebenarnya telah ditulis untuk catatan individu, sebelum ditulis semula secara formal oleh imam Bukhari dan Muslim pada 200 tahun kemudian.


Majlis diakhiri dengan solat maghrib secara berjemaah dan santapan malam yang telah disediakan oleh tuan rumah dan juga yang dibawa oleh ahli komuniti.