Monday 31 January 2011

Kuliah Gabungan Januari 2011

Salam tahun baru 2011 kepada semua warga melayu yang berada di Hull dan juga di mana jua berada agar sentiasa dalam lindungan Allah S.W.T hendaknya. Siri kuliah kali ini diadakan di rumah saudara Zuber & Zurina. Majlis ini dipengerusikan oleh saudara Zaidi (Biro Kerohanian) dan pembicara jemputan Bapak Ya'cob (daripada Acheh, Indonesia yang secara kebetulan turut menuntut di Universiti Hull).




Kedatangan hampir keseluruhan warga Melayu telah memeriahkan lagi majlis ini yang terpaksa diawalkan akibat kekangan masa sesetengah warga yang terpaksa menjalankan tugasan harian /rutin.




Bacaan Yassin dan tahlil dimulakan tepat 1.30 petang oleh Abg Ahmad Rohidi dan diikuti tazkirah ringkas oleh Bapak Ya'cob yang membicarakan tentang binatang 2 kecil yang disebut dalam Al-Quran iaitu semut, labah-labah dan lebah. Setiap binatang tersebut diceritakan mempunyai kelebihan masing-masing, namun keburukan yang dimiliki perlulah dihindari oleh manusia.




Semangat semut yang sentiasa bekerja bersungguh-sungguh dalam mencari rezeki perlulah dicontohi tetapi ianya tidak bermakna sekiranya rezeki yang diperolehi tidak dinikmati sepenuhnya. Secara imbasan kereta 2 yang besar, cantik dan mewah yang dimilik hanyalah untuk disimpan bukannya untuk dimanfaatkan kegunaannya. Walaupun begitu semangat semut yang sentiasa mengangguk 2 kepada apabila bertemu (membawa erti bersalaman) amat perlu diamalkan oleh setiap insan yang mukmin.




Labah 2 pula walaupun sarangnya merupakan rumah yang paling lemah di dunia tetapi mampu untuk menjerat serangga untuk dijadikan makanan. Namun tabiatnya yang hanya menunggu rezeki datang kepadanya perlu dielakkan. Tambahan pula sekiranya tiada makanan ia sanggup memakan anak2nya ..... suaminya tanpa ihsan.




Sebaliknya contohilah lebah dalam amalan kehidupan yang sentiasa bekerja dengan penuh tekun, bersemangat, bersatu padu dan manfaat yang dijananya sentiasa dicari oleh manusia mahupun binatang iaitu....madunya yang asli....sukar untuk dicari yang 100 % original.....kerana banyak di pasaran adalah tiruan. Oleh itu sentiasalah berhati-hati dalam kehidupan yang penuh dugaan dan pancaroba ini agar kebahagiaan / kegembiraan yang diperolehi berkekalan dan dirahmati.













Kuliah Gabungan Dec 2010





Siri Kuliah Gabungan bagi bulan Dec telah diadakan di rumah saudara Nazri (Pengerusi Kelab). Majlis ini dimulai dengan bacaan Yassin dan tahlil ringkas untuk kesejahteraan penghuni Hull serta ummat Islam keseluruhannya oleh Abg Ahmad Rohidi.







Seterusnya diikuti tazkirah ringkas oleh saudara Nazri yang mengupas persoalan "Jangan Bersedih" agar memberi semangat dan kekuatan mental & fizikal kepada warga Melayu Hull yang menghadapi dugaan /cubaan/mehnah dalam kehidupan pembelajaran di perantauan. Pelbagai rintangan dan dugaan ini telah mematangkan seseorang insan agar bersabar dan tabah dalam perjuangan yang berliku kerana setiap kecemerlangan dan kejayaan yang diperolehi tidak mudah dikecapi.












Namun berkat ketekunan, usaha yang berterusan dan sokongan ahli keluarga serta komuniti yang penyayang di samping tidak melupai Yang Maha Esa pastinya ada jalan penyelesaian bagi setiap perjuangan dalam penghidupan. Semoga ahli-ahli Kelab Melayu sentiasa komited dengan perjuangan dan berjaya mengakhiri pengajian dengan jayanya.