Sunday 17 October 2010

Mesyuarat Agong Tahunan Kelab UMNO / Melayu Hull & Jamuan Hari Raya Aidil Fitri 09/10/2010


Besyukur ke hadrat Allah swt kerana kelab UMNO / Melayu Hull telah selamat mengadakan Mesyuarat Agong Tahunan bagi sesi 2008 - 2010 pada 9/10/2010 yang lalu. Kelab UMNO / Melayu Hull berasa amat bertuah kerana pada kali wakil daripada BPN, En Wan Agyl turut serta dalam majis kali ini. En Wan Agyl merupakan Pegerusi Kelab UMNO Southampton.




Majlis dimulakan dengan kata-kata aluan oleh mantan setiausaha kelab, En. Zubir.



Seterusnya mantan pengerusi kelab, En. Shafudin menyampaikan ucapan. Antara intisari ucapan, beliau mewakili seluruh AJK 2008 - 2010 mengucapkan jutaan terima kasih di atas kerjasama dan sokongan semua ahli sepanjang pimpinan beliau. Beliau memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat kekurangan dan kelemahan selama ini. Seterusnya beliau mengucapkan taniah kepada bakal-bakal AJK yang akan dilantik pada AGM kali ini.




Encik Wan Agyl selaku wakil BPN menyampaikan ucapan. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian Kelab Melayu / UMNO Hull menjemputnya. Beliau menyarankan agar Kelab Melayu / UMNO Hull agar lebih banyak lagi menjalankan aktiviti-aktiviti ilmiah seperti forum perdana, debat dan sebagainya. Beliau menyeru agar ahli-ahli dapat membuat pilihan yang tepat dalam mesyuarat AGM ini. Dengan lafaz 'Bismillah' beliau merasmikan Mesyuarat Agong Tahunan Kelab Melayu /UMNO Hull.



En. Nazri telah dilantik sebagai pengerusi sementara bagi menjalankan pemilihan AJK bagi sesi 2010 - 2012.



En. Azli selaku Pegetua Sekolah Melayu Hull sedang memberi laporan aktiviti-aktiviti sekolah.


Alhamdulillah, pemilihan AJK Kelab Melayu / UMNO Hull telah selesai dengan jayanya. Kepada yang dilantik diucapkan selamat menggalas tanggungjawab dengan sebaik-baiknya. Marilah kita bersama-sama berganding bahu membantu AJK agar Kelab Melayu /UMNO Hull bergerak maju kehadapan......Insyaallah.

Selesai sudah AGM kali ini. Seterusnya menjamu selera dalam majlis sambutan Hari Raya Aidil Firti.



Mantan pengerusi bersama tetamu sedang menikmati juadah





Anak-anak sedang menikmati juadah



Sempat juga anak-anak bermain 'game wii'






Anak-anak gembira dapat 'duit raya'







Bergambar beramai-ramai sebagai tanda kenangan.




Saturday 9 October 2010

Mesyuarat AJK 06/10/2010


Pada 06/10/2010 yang lalu Kelab Melayu Hull telah mengadakan mesyuarat AJK. Kali ini mesyuarat telah diadakan di Common Room, Graduate Research Institute, University of Hull. Antara agenda ialah untuk membincangkan tentang mesyuarat AGM yang akan dilansungkan. Turut dibincangkan ialah program sambutan Hari Raya Aidil Fitri nanti.


Tok Penghulu memulakan mesyuarat dengan membaca surah Al Fatihah



Sedang menyemak laporan




Menikmati sedikit santapan


Mesyuarat telah berjalan dengan lancar dan selesai jam 1.30 pm. Berjumpa di jamuan raya nanti....isyaallah.