Sunday 6 February 2011

Pertandingan Badminton



Pada Ahad 24.10.2010 telah berlangsung dengan jayanya Perlawanan Badminton Persahabatan antara Ahli-ahli Kelab Melayu Hull. Pertandingan sebegini buat julung kalinya diadakan adalah cetusan ilham Saudara Nazri sendiri, selaku Pengerusi Kelab Melayu Hull yang baru sahaja dilantik. Sukan kegemaran rakyat Malaysia ini telah diadakan di Ennerdale Leisure Centre, Sutton Road, HU7 6EA, Hull dan ternyata telah menerima sambutan yang amat memberangsangkan. Keseluruhannya, jumlah peserta yang telah mengambil bahagian adalah lebih kurang 30 orang. Untuk makluman semua, dua jenis kategori telah dipertandingkan iaitu 'beregu campuran' serta kategori 'bapa dan anak'.

Aksi para pemain yang bersungguh-sungguh

Antara faedah atau kebaikan bermain badminton adalah ia dapat membantu pemain mencapai berat badan yang seimbang dan optimal dengan ketinggian dan mampu mengurangkan kadar kolesterol berlebihan di dalam badan. Bukan setakat itu sahaja, jika dilakukan secara kerap dan konsisten, ia dapat mengurangkan masalah stress secara tidak langsung mencegah risiko hypertensi. Oleh yang demikian, aktiviti seperti ini amat disyorkan bagi mereka yang sudah bekerjaya dan juga yang sedang belajar.



Anak-anak tidak melepaskan peluang untuk beriadah bersama





Acara penyampaian hadiah dimulakan dan berikut merupakan pemenang-pemenangnya






Naib Juara Beregu Campuran : En. Nazri dan isteri









Juara Beregu Campuran : Dr. Syahril serta isteri





Juara kategori 'Bapa dan Anak' : En. Zuber dan anakanda






Sesi bergambar sesama para pemenang


Pertandingan sebegini selain dapat mencergaskan badan dan mencerdaskan minda, juga dapat mengeratkan serta mengukuhkan lagi nilai kekeluargaan dan persaudaraan sesama ahli kelab tanpa mengira lapisan umur. Adalah dengan ini, diharapkan agar akitviti seperti ini bukanlah yang terakhir dilakukan dan semoga ia menjadi acara tradisi kerana banyak faedahnya yang dapat kita peroleh. Jelas terserlah keceriaan terpancar dari raut wajah para peserta setelah dapat melakukan aktiviti yang sihat bersama keluarga.