Thursday 16 September 2010

Selamat Datang Puan Norini dan keluarga


Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi, Puan Norini bersama 3 orang puterinya telah selamat tiba di Humberside International Airport pada 15/09/2010 jam 945 pagi. Segala persiapan untuk menyambut kedatangan beliau sekeluarga telah diatur rapi oleh Kelab Melayu Hull. En. Azli dan isteri, Pn. Zurinahni telah sedia menunggu di lapangan terbang untuk menyambut ketibaan keluarga baru.

Puan Norini dan keluarga terus sahaja dibawa ke rumah baru mereka di No. 6 Tavistock Street, Hull. Perjalanan mengambil masa hampir 45 minit. Setibanya di Hull, telah ramai warga Melayu Hull menunggu. Sedikit juadah telah disediakan untuk Puan Norini sekeluarga. Sambil menjamu selera, sempat bekenal mesra sesama warga Melayu Hull yang lain. Barangan keperluaan asas di dapur telah dibekalkan. Bantal, duvet turut disediakan. Mudah-mudahan ia dapat membantu Puan Norini sekeluarga. Seluruh warga Melayu Hull mendoakan agar Puan Norini sekeluarga dapat menyesuaikan diri di suasana yang serba baru ini sebelum menjadi pelajar semula.......amin....









Tuesday 14 September 2010

Selamat Datang Keluarga Baru ke Hull


Terlebih dahulu pihak kelab memanjatkan kesyukuran terhadap Allah swt kerana dengan izinnya, Insyaallah pada 15/09/2000 ini Puan Norini sekeluarga akan tiba di bumi Hull. Puan Norini yang bertugas di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia akan melanjutkan pelajarannya di University of Hull. Seperti lazimnya pihak kelab akan mengaturkan rancangan seadanya bagi memudahkan Puan Norini sekeluarga tiba nanti. Alhamdulillah pihak kelab telah berjaya mendapatkan sebuah rumah di Tavistock Street hampir dengan universiti. Insyaallah Naib Pengerusi kelab, En. Azli akan menjemput Puan Norini sekeluarga di Humberside International Airport nanti. Seluruh warga Melayu Hull mendoakan Puan Norini sekeluarga tiba dengan selamatnya......Amin




Thursday 9 September 2010

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri 1431H / 2010


Setelah sebulan berpuasa kini tibalah hari kemenangan yang dinanti-nantikan.....Di ambang lebaran ini komuniti Melayu Hull mengadakan majlis Takbir dari rumah ke rumah. Walaupun jauh di perantauan suasana hari raya tetap meriah....

Majlis dimulakan di rumah En. Ahmad Rohidi / Pn. Noriza. Selepas solat Isyak berjemaah, dengan penuh syahdu Tok Penghulu bertakbir diikuti oleh jemaah-jemaah yang lain. Selepas bertakbir, tuan rumah menyediakan juadah untuk dinikmati bersama. Seterusnya beramai-ramai ke rumah En. Hayan / Pn. Hazlina. Akhir sekali bertakbir di rumah En. Azli / Pn. Zurinahni. Majlis berakhir hampir jam satu pagi. Insyaallah esok hari bersama-sama menunaikan Solat Sunat Aidil Fitri di masjid pula.....

Dikesempatan ini pihak kelab ingin memohon ampun dan maaf kepada seluruh warga Melayu Hull yang berada di Hull mahupun yang telah kembali ke Malaysia. Sekiranya terkasar bahasa, menyinggung perasaan sepanjang perjalanan blog ini, maaf jua dipinta. Selamat memyambut Hari Raya Aidil Fitri. Maaf zahir dan batin.



Bersama-sama menunaikan Solat Isyak berjemaah




Menikmati juadah yang disediakan di rumah En. Ahmad Rohidi / Pn. Noriza




Bertakbir di rumah En. Hayan / Pn. Hazlina





Menikmati juadah yang disediakan di rumah En. Azli / Pn. Zurinahni






Anak-anak bergembira bermain bunga api




Friday 3 September 2010

Majlis Berbuka Puasa 27/08/2010


Sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak, Kelab Melayu Hull telah mengadakan majlis berbuka puasa. Majlis telah diadakan pada 27/08/2010 di North Hull Communiti Centre. Majlis didahului dengan bacaan Yassin and tahlil arwah untuk bonda tercinta En. Ahmad Rohidi dan Pn. Noriza yang telah kembali ke rahmahtullah pada 27/08/2010 yang lalu. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Almarhummah, Al Fatihah......

Selepas solat Tarawih berjemaah, sedikit tazkirah telah disampaikan oleh Ustaz Jufitri Johar daripada Durham. Antara intisari tazkirah ialah beliau mengingatkan sesama kita untuk mepertingkatkan lagi amal ibadah kita sempena di bulan Ramdan yang mulia ini. Beliau mengambil contoh ke atas Imam Syafie. Di bulan Ramadan Imam Syafie akan Khatam Quran sebanyak enam puluh kali. Sehubungan itu Uztaz Jufitri berharap kita bersama-sama dapat Khatam Quran sekurang-kurang sekali di dalam bulan Ramadan ini.

Disamping itu juga Uztaz Jufitri juga mengingatkan kita untuk bersama-sama berdakwah memertabatkan Agama Islam di muka bumi Allah ini bukan sahaja kepada sesama Islam malah kepada yang bukan Islam juga. Kaedah yang boleh kita lakukan ialah dengan mempraktikkan ajaran Islam itu sendiri di dalam diri kita. Dengan berkelakuan baik, moral yang tinggi, menghormati sesama manusia dan sebagainya, ia dapat menarik minat terutamanya kepada orang yang bukan Islam untuk mendekati dan mengenali Islam seterusnya memeluk agama Islam.




Majlis berbuka puasa dimulakan oeh Tok Penghulu




Bersama-sama menjamu selera









Ustaz Jufitri Joha sedang menyampaikan tazkirah






Muslimah sedang khusuk mendengar tazkirah








Thursday 2 September 2010

Fruit Picking & Picnicking 8/08/2010


Musim cuti persekolahan masih berlansung, Kelab Melayu Hull telah mengadakan program 'fruit picking' dan 'picnicking'. Untuk aktiviti ini kelab telah menyewa sebuah bas dan sebuah kereta . 'Fruit picking' telah diadakan di Worcestershire manakala 'picnicking' telah diadakan di Malvern Hill.

Rombongan telah mula berkumpul di Salmon Grove sejak pukul 6.30.am lagi dan bertolak pada pukul 7.00 am dan selamat sampai ke ladang buah pada pukul 10.00 am. Pukul 12.30 pm rombongan bertolak pula ke Malvern Hill untuk berkelah. Rombongan bertolak pulang kira-kira jam 3.45 pm dan selamat sampai ke Hull jam 7.00 pm.




Anak-anak bergembira di dalam bas sepanjang perjalanan. Teringat pulak kisah 'Rombongan Che' Kiah'




Beramai-ramai memetik buah epal.









Setelah puas memetik buah, baru terasa penat dan perut pun bernyanyi-nyanyi. Kini tiba pula aktiviti menjamu selera. Perjalanan ke tempat perkelahan mengambil sama selama 20 minit.



Tok Penghulu sedang merasmikan juadah yang dibawa



Bersama-sama menikmati juadah makan tengahari






Sebelum pulang, sempat mengambil gambar beramai-ramai sebagai tanda kenangan. Ternyata di raut wajah menunjukkan penuh kegembiraan....... Bersyukur ke hadrat Allah swt aktiviti kali ini bejalan dengan selamatnya.





Wednesday 1 September 2010

Mini Sukaneka 24/07/2010

Sesi persekolahan 2009/2010 telah pun tamat pada 23/07/2010 !!!!!. Anak-anak riang gembira menanti hari cuti. Ibu-bapa mengatur program untuk anak-anak. Tidak ketinggalan juga Kelab Melayu Hull. Pihak kelab merancang beberapa aktiviti bukan sahaja untuk anak-anak malah untuk ibu-bapa juga.

Mini sukaneka telah diadakan pada 24/07/2010 yang lalu di padang University of Hull. Pelbagai permainan telah diatur untuk anak-anak. Disamping bergembira, aktiviti beriadah ini banyak munafaatnya kepada kesihatan kita.



Ibu-ibu sedang sibuk mengurusan peralatan untuk aktiviti sukaneka





Sebelum bersukan aktiviti memanaskan badan perlu dilakukan dahulu untuk mengelakkan dari berlakunya cramp...





Antara aktiviti, membawa belon dengan piring untuk anak-anak kecil. Anak siapa pulak tu yang takut untuk bermain.....





Anak-anak bergambar selepas melakukan avtiviti.....