Saturday 21 February 2009

Intisari Al Kuliah Siri ke 3 pada 21 Februari, 2009





Alhamdulillah syukur kita kehadrat Ilahi kerana dengan keizian-Nya dapat kita bersama menghadirkan diri ke program al-kuliah pada 21 Februari yang lepas di rumah saudara adik-adik 'undergraduate' kita yang dikepalai oleh Saudara Khiril di 223 Greenwood Ave.








Antara intisari al-kuliah pada siri akhir surah al-Mudathsir adalah menerangkan azab bagi mereka yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja.








"Apakah yg menyebabkan kamu semua masuk ke neraka saqar ini ?"
mereka menjawab: "kami tidak termasuk dalam golongan orang-orang bersembahyang."
(surah Al-Mudathsir: ayat 42 & 43)








Sembahyang merupakan salah satu dari rukun Islam, dan ia juga merupakan tiang agama serta perkara pertama yang akan disoal di akhirat kelak. Sembahyang jua merupakan tanda bagi seseorang Islam kerana ia membezakan seorang yang muslim dengan musyrik.




Sesi Bergambar Selepas Solat Jumaat



Teman-teman komuniti Melayu tidak melepaskan peluang meraikan Pengerusi Kelab Melayu Hull, Shafudin Mohd Yatim, yang baru menerima ijazah sarjana penyelidikan (perniagaan dan pengurusan) daripada University of Hull.

Walau bagaimanapun menurut Sdr Shafudin perjuangan yang sebenar masih jauh lagi, memerlukan kejelasan matlamat dan objektif, strategi dan 'methodology'. Namun begitu berbekalkan semangat, komitmen dan doa, insya-Allah kejayaan akan dikecapi.

Konvokesyen University of Hull - Winter 2009

Tahniah kepada para Graduan Melayu Hull terdiri daripada Dr Khairiah Soehod (PhD Management), Sdri Roslin Hashim (Msc Finance) Sdr Shafudin Mohd Yatim (Master of Research) dan juga tidak ketinggalan kepada Sdr Ikmal Hisham Md. Tah (LLM).

Dr Khairiah menyampaikan salam secara khidmat pesanan ringkas (sms) kepada Sdr Shafudin untuk masyarakat Melayu Hull yang masih mengenali beliau.

Semoga ilmu yang dipelajari terus dimanfaatkan sekaligus memberi makna dalam diri.

Wednesday 18 February 2009

Program Percutian (half term) Ice Skating



Pada hari Selasa yang lepas bersamaan 17 Februari 2009 telah berlangsungnya program percutian (half term) ice skating di Hull Arena City Centre bermula dari jam 12.30 tengahari - 3.30 petang. Program ini diadakan bertujuan mengisi masa lapang dan mengeratkan ukhuwah antara komuniti warga Melayu Hull khususnya buat adik-adik yang masih di alam persekolahan.





Program yang julung-julung kali diadakan ini, telah mendapat sambutan hangat dari semua peringkat terutamanya golongan muda kerana sukan ice skating ini tidak ramai yang menceburinya dan ia mungkin pengalaman pertama buat mereka yang menyertainya. Apa-apa pun syabas dan tahniah kerana telah mempelajari sesuatu aktiviti yang agak asing buat bangsa kita.





Moga-moga adik-adik sekalian terhibur serta mempelajari sesuatu ilmu yang baru daripada aktiviti yang telah dijalankan. Sesungguhnya masyarakat yang maju lahir dari bangsa yang inginkan perubahan kepada lebih positif dan berdaya saing di samping tidak membelakangkan hukum syarak.



Akhir kata, jutaan terima kasih diucapkan kepada saudara-saudara yang telah terlibat dalam menjayakan aktiviti pada kali ini. Semoga Allah SWT merahmati segala pengorbanan yang telah dicurahkan, ameen.

Saturday 14 February 2009

Aktiviti-Aktiviti Terdekat


a) Al-Kulliyah Lelaki Siri 3 pada 21hb Feb 2009 di 223 Greenwood jam 6.30 mlm
b) Maulud Nabi (8hb Mac 2009 Ahad jam 1.15 pm di bawah Biro Kerohanian & Pendidikan)*
c) Pelancaran Kelas Bimbingan Anak-Anak Melayu Hull (April)
d) Kunjungan muhibbah melawat ahli-ahli Kelab yang belajar di Scarborough pada 18/04/2009* anjuran Biro Sosial dan Kebajikan

*Tertakluk kepada pindaan.

Sunday 8 February 2009

Intisari Mesyuarat AJK Ke 2 Sesi 2009/10

Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi kerana mesyuarat antara ahli jawatankuasa Kelab Melayu Hull telah berlangsung dengan jayanya di rumah Sdr Ahmad Bin Rohidi, 37 Raglan Street, Newland Avenue, Hull pada jam 3.20pm hingga 5.00pm pada Ahad 8hb Februari 2009 bersamaan dengan 13 Safar 1430.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Sdr Ahmad sekeluarga diatas kesudian menjadi Host mesyuarat pada kali ini. Berikut merupakan AJK yang baru dilantik sempena sesi 2009/10. Tahniah dan syabas diucapkan kepada mereka yang terpilih. Semoga segala amanah dapat dipikul dan mendapat keredaan-Nya

a) Biro Kebajikan dan Sosial
  1. Sdr Ahmad Bin Rohidi
  2. Sdr Khairul Anuar Bin Azhar
  3. Sdr Awang Khiril Izzudin Bin Awang Hasmadi
b) Biro Sukan dan Rekreasi
  1. Sdr Mohd Syakirin Che Aziz
  2. Sdr Ahmad Ezzat Bin Qasim
c) Biro Kerohanian dan Pendidikan
  1. Sdr Hj Razali Tumirin
  2. Sdr Ku Hafizal
d) Biro Penerbitan : Sdr Nik Adriman

e) Biro Penerangan : Sdr A Inamul Hasan Bin A Zaidi

f) Biro Perhubungan Scarborough : Sdr Helmi Bin Mat Lazim
..........................................................................................................................................................................

a) Yuran keahlian (Infaq bulanan)

Infaq bulanan telah diputuskan oleh Mesyuarat Agung Kelab Melayu Hull pada 17hb Januari 2009 bagi setiap ahli adalah sebanyak £5 sebulan. Bayaran hendaklah dibuat secara direct debit sebelum memasuki bulan berikutnya bermula Februari ini ke dalam akaun Kelab Melayu Hull iaitu Bank HSBC - Sort Code: 40-25-19, Bank Code: 81744569.

b) Kelas Bimbingan Anak-Anak Melayu Hull

Kelas Bimbingan Anak-Anak Melayu Hull akan dibuka kepada anak-anak yang berumur enam tahun ke atas. Sama ada peruntukan diluluskan atau tidak, kita tetap akan meneruskan agenda penubuhan Kelas Bimbingan tersebut selewat-lewatnya pada April ini. Ahli Jawatankuasa Kelab Melayu Hull telah bersetuju untuk melantik Sdr Meor Azli Bin Ayub, merangkap Timbalan Pengerusi sebagai Guru Besar untuk Kelas Bimbingan Anak-Anak Melayu Hull. Syabas dan tahniah diucapkan.


..........................................................................................................................................................................
..........................................................................................................................................................................


Rukun Negara?

Kepercayaan Kepada Tuhan
Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan Kesusilaan
..........................................................................................................................................................................

Rukun Islam??

Mengucap Dua Kalimah Syahadah
Menunaikan Solat Wajib Lima Waktu
Menunaikan Puasa di Bulan Ramadhan
Mengeluarkan Zakat
Mengerjakan Haji (bagi yang mampu)
..........................................................................................................................................................................

Saturday 7 February 2009

Al-Kulliyah Lelaki dan Wanita - 7hb Februari 2009

Alhamdulillah warga Lelaki dan wanita telah mengadakan Al-Kulliyah masing-masing. Al-Kulliyah Lelaki Siri 2 di rumah Sdr Hafiz. Hj Razali membaca ayat 20-31 surah al-Mudathsir serta terjemahan, Sdr Ezzat menyampaikan tazkirah dan Sdr Shafudin membaca hadith ke 41 dalam buku Hadith 40.

Intipati al-kulliyah pada minggu ini mengajak kita sebagai seorang Muslim untuk terus mengukuhkan iltizam terhadap ajaran Al-Quran berbanding dengan orang kafir yang menolak al-Quran diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad. Mereka mengatakan Al-Quran sebagai sihir, menyombong diri, berpaling daripada kebenaran dan akhirnya mereka akan dicampakkan ke neraka saqar yang dilakarkan cirinya sebagai pembakar kulit manusia dan terdapat 19 malaikat yang menjaga neraka tersebut. "Demikianlah Allah menyesatkan orang-orang yang dikehendakiNya dan memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Dan tidak ada yang mengetahui tentera Tuhanmu melainkan Dia sendiri. Dan saqar itu tiada lain hanyalah peringatan bagi manusia".

Saudara Izzat mengajak kita muhasabah terhadap kehidupan di dunia ini bagi menambah keimanan dan amal soleh. Kita patut bersyukur dengan keimanan yang terima dengan mudah dan beliau mengumpamakan Islam ini mudah diamalkan oleh semua orang hatta orang buta berbanding susahnya orang buta nak membawa basikal. Akhirnya beliau mengatakan hidup ini sementara dan bekalan yang berpanjangan ialah 3 perkara sepertimana maksud hadith nabi:- anak yang soleh, ilmu yang dimanfaatkan dan sadaqatul jariah.

Manakala, Sdr. Shafudin menutup Al-Kulliyah dengan menyampaikan satu hadith yang bermaksud "Tidak beriman seseorang kamu sehingga adalah hawanya (kemahuan atau kecenderungannya) mengikut kepada apa yang aku (Nabi Muhammad) bawa dengan dia" Beliau mengatakan hawa nafsu kita yang pelbagai perlu dikawal kerana syaitan sentiasa cuba menguji dan menggoda kita agar tidak mengikut ajaran Ilahi. Mereka yang terlepas dari godaan syaitan dan hawa nafsu, mereka itu orang yang berjaya.

Manakala Al-Kulliyah Wanita pula diadakan di rumah Pn Habibah. Penyampai minggu ini ialah Pn Zarimah dan Dr Thohiroh. Al-Kulliyah wanita pula membincangkan surat An-Naba berkaitan kekuasaan Allah, penciptaan langit dan bumi serta kehidupan manusia di dunia ini.

Terima kasih kepada semua warga Hull yang telah memberi komitmen untuk hadir dan juga tuan/puan rumah yang sudi menjadi 'host'. Semoga ada barakah kepada semua.

Tuesday 3 February 2009

Peralihan Kepimpinan Kelab Melayu Hull



Mesyuarat Agung Kelab Melayu Hull telah berlangsung dalam suasana muafakat pada 17 Jan 2009 di North Community Hall, Hull. Kepimpinan utama Kelab Melayu Hull bagi sesi 2009/2010 seperti berikut:

a. Shafudin bin Mohd Yatim (Pengerusi)
b. Meor Azli bin Ayub (Timbalan Pengerusi)
c. Mohd Zuber bin Hasbullah (Setiausaha)
d. Ahmad bin Rohidi (Bendahari)
e. Noriza bte Mohd Jamal (Ketua Wanita)

Pengerusi baru dalam ucapan sulungnya merakam jutaan terima kasih kepada kepimpinan sesi 2007/2008 khususnya kepada Sdr Md Zahari Ismail selaku Pengerusi Kelab Melayu Hull dan juga merangkap Pengerusi Kelab UMNO Hull. Disamping itu mesyuarat agung juga membuat ketetapan bagi mengumpul dana kelab melalui Infaq Bulanan sebanyak £5 sebulan secara "direct debit" melalui Akaun Kelab Melayu Hull.

Tahniah kepada Kepimpinan Baru dan Selamat Maju jaya Kelab Melayu Hull.