Wednesday 18 February 2009

Program Percutian (half term) Ice Skating



Pada hari Selasa yang lepas bersamaan 17 Februari 2009 telah berlangsungnya program percutian (half term) ice skating di Hull Arena City Centre bermula dari jam 12.30 tengahari - 3.30 petang. Program ini diadakan bertujuan mengisi masa lapang dan mengeratkan ukhuwah antara komuniti warga Melayu Hull khususnya buat adik-adik yang masih di alam persekolahan.





Program yang julung-julung kali diadakan ini, telah mendapat sambutan hangat dari semua peringkat terutamanya golongan muda kerana sukan ice skating ini tidak ramai yang menceburinya dan ia mungkin pengalaman pertama buat mereka yang menyertainya. Apa-apa pun syabas dan tahniah kerana telah mempelajari sesuatu aktiviti yang agak asing buat bangsa kita.





Moga-moga adik-adik sekalian terhibur serta mempelajari sesuatu ilmu yang baru daripada aktiviti yang telah dijalankan. Sesungguhnya masyarakat yang maju lahir dari bangsa yang inginkan perubahan kepada lebih positif dan berdaya saing di samping tidak membelakangkan hukum syarak.



Akhir kata, jutaan terima kasih diucapkan kepada saudara-saudara yang telah terlibat dalam menjayakan aktiviti pada kali ini. Semoga Allah SWT merahmati segala pengorbanan yang telah dicurahkan, ameen.

1 comment:

..:: aniSs Wardah ::.. said...

best x maen ice skating nie..??..
macam sikit je yang pergi..