Tuesday 8 June 2010

Doa Selamat & Tazkirah 2

Syukur kehadrat Ilahi kerana dengan Inayah serta kurniaNya ahli-ahli Kelab dapat mengikuti majlis Doa Selamat dan Tazkirah 2 yang diadakan di rumah Sdra Nazri & Sdri Amal Hayati dengan jayanya. Majlis ini diadakan bersempena dengan kesyukuran oleh tuan rumah dan juga kejayaan Dr Habibah Tolos (menyumbang sebahagian peruntukan jamuan) dalam VIVA yang dialaminya beberapa hari yang lalu.





Majlis dimulai dengan Doa selamat serta tahlil oleh Sdra Abg Mat dan juga tazkirah oleh Sdra Azli (Pemangku Pengerusi). Sifat Siddiq menjadi pilihan tazkirah yang merupakan salah satu sifat terpuji Rasullullah S.A.W. dan menjadi ikutan para sahabat serta tabi'in. Di mana keimanan, ketaatan, kepatuhan dan kebenaran Saidina Abu Bakar terhadap Rasullullah tidak dapat ditandingi oleh keimanan seluruh ummat Islam seluruh dunia. Begitu tingginya darjat Saidina Abu Bakar yang sanggup menggadaikan nyawa, kehidupan dan harta bendanya untuk kepentingan Islam sejagat.






Namun ummat Islam masa kini umpama buih-buih di lautan yang tidak begitu kukuh @ bersatu padu dalam memberi / menyumbang kekuatan kepada Agama Islam. Disebalik kekayaan, keilmuan dan pengalaman yang ada tidak disepadukan untuk kepentingan ummah.....namun kepentingan peribadi / habuan perut masing-masing menjadi keutamaan. Pernah diutarakan sekiranya gabungan negara Arab Saudi (sumber kekayaan), Mesir (sumber pengalaman) dan Sudan (sumber hasil & tanah) dioptimakan manfaatnya akan menghasilkan pertumbuhan serta pembangunan ekonomi islam yang sejagat. Mengapa ianya tidak berlaku...sedangkan kejayaan merealisasikannya akan menguntungkan seluruh ummat Islam di dunia ini. Kepastian yang jelas dan nyata situasi ini boleh mengugat ekonomi dunia yang kini dikuasai bukan Islam khususnya USA dan China.

Bersatu kita teguh bercerai kita roboh. Ummat Islam perlu bangkit dari lamunan dan imaginasi yang direkacipta oleh musuh-musuh Islam. Kekeliruan dan percanggahan pendapat dalam Islam dibenarkan (pelbagai mazhab) tetapi mestilah ke arah kemantapan / kekukuhan dalam beribadah serta bermuamalah. Janganlah kita bersengketa dalam pekara kecil-kecilan sedangkan lidah lagikan tergigit, inikan pula kita manusia biasa. Manusia yang bersifat lemah tidak bisa lekang dari SALAH dan SILAP.


Walaupun SALAH mempunyai makna yang luas lagi mendalam terhadap keterlanjuran tingkahlaku, bicara dll yang tidak disenangi oleh orang lain @ seumpamanya namun hakikatnya sesama insan muslim lagi mukmin perlu saling bermaafan serta bertolak ansur dalam kehidupan. Negara kaya menolong negara miskin, orang berilmu membantu orang yang jahil (bukan menjauhkannya), Orang dewasa menasihati orang muda, anak remaja menghormati orang berumur dan bayi-bayi diteladani dengan akhlak mulia.



Kerapkali kita TERSILAP dalam mendidik / mencorak anak bangsa, halatuju negara dan masyarakat. Namun kesilapan yang berlaku tidak mungkin berulang sekiranya kita bertegur sapa, saling mengingati dan menerima pandangan mahupun perubahan positif yang diberikan. Kita hanya merancang tetapi Allah S.W.T yang menentukannya. Sebarang perancangan yang teliti disertai iltizam, doa dan tawakkal pasti mendapat restu daripadaNya.


Sehubungan dengan itu, marilah kita merapatkan jamaah dan mengukuhkan perpaduan supaya ikatan ukhwah yang terjalin akan menjadi sumber inspirasi kepada masyarakat dan negara dalam mendepangi isu-isu ummat Islam sedunia. Negara Baik Lagi Terpuji sentiasa mendapat lindungan daripada Allah S.W.T.


Baik Ummat baiklah Negara. Coraklah ia di mana jua kita berada. Walaupun jauh di perantauan, kejayaan dan kecemerlangan yang dikecapi untuk kepentingan Islam akan dihargai serta dicontohi ummat sejagat.























Peperiksaan IGCSE Bahasa Melayu

Pada 18/05/2010 dan 20/05/2010 yang lalu tiga pelajar Sekolah Melayu Hull; adik Ahmad Syafiq, adik Nabila dan adik Aishah telah selamat menduduki peperiksaan Bahasa Melayu IGCSE. Peperiksaan ini telah diadakan di Manchester St Abraham Moss. Walaupun bersekolah di negara orang, bahasa ibunda tetap tidak dilupakan. Pihak kelab mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih guru-guru Sekolah Melayu Hull terutama kepada cikgu Husni yang telah bertungkus-lumus memberi tujuk ajar kepada anak-anak ini untuk berjaya dalam peperiksaan.




Taman Oak Park - Sesi 2

Sesi Riadah bersama sebahagian ahli-ahli kelab setelah selesai Majlis Doa Selamat & Tazkirah 2 di rumah Sdra Nazri & Sdri Amal Hayati. Kekangan aktiviti dan suasana persekitaran yang tidak menentu sepanjang tahun ...tidak disia-siakan oleh ahli kelab apabila cuaca panas mengiringi petang yang panjang. Perlawanan bolasepak 7 sebelah menjadi pilihan antara Team A (diketuai Sdra Ariff) dan Team B (Sdr Nasrul).






Team A (Dari kiri Zubair, Amir, Shafiq, Abg Nik, Firdaus, Affam dan Ariff)




Team B (Dari Kiri Abg Mat, Abg Azli, Fathi, Nasrul & Abg Zuber

Dari Depan Farihin dan Ahmad)



Syukur atas semangat kesukanan dan kemahiran yang dimiliki oleh bakat 2 terpendam ..akhirnya Team B memenangi perlawanan tersebut dengan keputusan 9-6. Namun keceriaan dan kegembiraan yang dipamerkan jelas terpancar setelah berkurung dalam rumah dengan permainan games sahaja. Walaupun sehari bermain sudah memadai untuk sebulan akan datang.



Tahniah kepada abg 2, uncle dan anak 2 kerana tanpa sokongan semua pihak pelbagai aktviti sihat yang dirancang tidak akan dapat direalisasikan dengan jayanya. Semoga aktiviti 2 lain juga akan mendapat sokongan yang serupa. Keakraban diperantauan menjalin persahabatan.....pastinya hidup bermuafakat membawa berkat.