Wednesday 29 July 2009

Taman Oak Park






Nampak handsome teman-teman kita 'posting'. Program bersiar-siar, santai dan riadah, melepaskan penat setelah berjam-jam 'study', terutama teman-teman yang sentiasa bertemankan komputer.



Anak-anak Melayu Hull tidak melepaskan peluang bermain-main sepuas-puasnya di padang yang disediakan percuma kepada semua pengunjung. Banyak padang dan taman di Hull ini untuk semua keluarga merehatkan fikiran dan badan. Cuaca nyaman, panas sederhana memungkinkan anak-anak menghayati aktiviti sukan yang dilakukan.





Saturday 18 July 2009

Al-Kulliyah Siri 7 Sesi 2009/10



Alhamdulillah bersyukur kita kehadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya dapat kita bersama-sama menghadirkan diri ke majlis al-kuliyyah. Siri al-kuliyyah kali ini dapat dijalankan dengan jayanya di rumah saudara mantan pengerusi, saudara Zahari No. 29 Sidmouth Street, Newland Ave pada Tarikh 17 Julai 2009 (Jumaat malam sabtu) yang lalu.


Majlis ini telah dimulakan dengan bacaan surah al-kahfi dan terjemahan yang telah disampaikan oleh Saudara Shafudin. Antara intisari bacaan adalah bertapa pemuda(ashabul kafi) mencuba untuk menyelamatkan iman dan akhidah mereka daripada pemerintah yang kejam dan zalim. Mereka telah tiba di suatu gua dan memohon doa kepada Allah taala agar dipeliharakan iman mereka. Diberitakan mereka telah tertidur (ditidurkan oleh Allahyang Esa) selama 309 tahun.


Program diteruskan dengan ucapan tazkirah yang disampaikan oleh saudara Dr. Mazlan yang telah sampai ke bumi Hull untuk menghadiri upacara konvokesyen pengijazahan doktor falsafah. Antara intisari tazkirah yang disampaikan adalah mengenai konsep transformasi yang kian dibicarakan dewasa ini. Secara umumnya transformasi dapat dibahagikan kepada 4 cabang iaitu spiritual, emosional, intelektual, dan fizikal. Selain itu, saudara Mazlan turut memberi beberapa indikator yang patut dikurangkan/dicegah dalam menjalani kehidupan seharian ini. Indikatornya adalah jangan terlalu banyak makan, tidur, tidak suka ke majlis ilmu, tidak berasa bersalah apabila melakukan kesalahan, dan suka bercakap sesuatu yang tidak benar.


Saudara Mazlan turut menyambung perbahasan dengan menyatakan 3 jenis manusia ketika berhubung/ berkomunikasi iaitu kumpulan yang jenis suka bercakap mengenai manusia (people), kedua bercakap mengenai perkara/aktiviti (event), dan yang terakhir berkata mengenai pendapat/pandangan (idea). Dalam kehidupan bermasyarakat/berkomuniti atau bekerja (berorganisasi) terbahagi kepada 3 jenis kumpulan manusia; pertama terlibat dan aktif (engaged), kedua tidak terlibat sepenuhnya (non engaged, based on request), ketiga tidak terlibat langsung (orang jenis ini bukan sahaja tidak membabitkan diri, malah menggalakkan orang lain untuk turut tidak membantu dalam komuniti)