Friday 13 January 2012

Laporan 1MECCA 2011




LAPORAN PROGRAM KEM 1MALAYSIA EXCEL CRUISE 2011
‘TOWARDS PROGRESSIVE TRANSFORMATION’

LATAR BELAKANG
Cabaran globalisasi yang melanda seluruh dunia ketika ini, memerlukan setiap negara menyusun strategi masing-masing agar tidak tersisih daripada arus kemajuan dunia dan menjadi mangsa penindasan pihak tertentu. Bagi menghadapi keadaan ini, seluruh rakyat Malaysia, tanpa mengira keturunan dan anutan agama, perlu bertindak sebagai satu bangsa, yakni Bangsa Malaysia, yang berfikir dan bertindak ke arah mencapai matlamat yang sama iaitu membina sebuah negara yang lebihmaju, selamat, aman dan makmur serta mampu bersaing dengan masyarakat lain di dunia.


Bagi melahirkan Bangsa Malaysia yang lebih berdaya tahan dalam menghadapi pelbagai cabaran yang dibawa oleh arus globalisasi, termasuk dalam bidang sosial, ekonomi dan politik, maka Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak memperkenalkan Konsep 1Malaysia yang berpaksikan prinsip “Rakyat Didahulukan, Pencapaiani utamakan”. Konsep ini bertepatan dengan cita rasa rakyat Malaysia dan sejajar dengan peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara.

AKTIVITI PROGRAM
Terpanggil dengan konsep 1Malaysia, Kelab Melayu Hull dan Sekolah Malaysian Hull telah merangka dan berjaya melaksanakan program kem 1Malaysia summer cruise Hull-Zeebruge-Bruges berkonsepkan kem ilmiah secara santai diatas kapal pelayaran ‘Pride of Bruge’ selama 3 Hari 2 malam bermula pada 20 Disember 2011 dan berakhir pada 22 Disember 2011 . Program ini telah berjaya menarik 181 penyertaan pelajar dan juga warga Malaysia yang berada di United Kingdom dan juga Eire.


Pendaftaran peserta program bermula di Guildhall City Centre, Hull pada pukul 8.30 pagi 20 hb Disember 2011. Sesi forum pertama bertajuk Tolerance & Acceptance: Do We Agree to Disagree yang dibincangkan oleh dua panelist jemputan iaitu Timbalan Mufti Kedah, Tuan Sheikh Marwazi Dziyauddin dan pegawai Atase Education Malaysia Ustaz Amar Sidque Mohd Amin.
Upacara perasmian dimulakan dengan bacaan doa oleh Timbalan Mufti Kedah dan seterusnya dengan nyayian Negaraku. Program disusuli dengan ucapan aluan oleh pengerusi Hull Malay Club\ Kelab UMNO Hull. Perasmian program Kem 1 Malaysia disempurnakan oleh Lord Mayor Cllr. Collin Inglis. Seterusnya ucapan utama oleh Yang Berbahagia T.Y.T Datuk Seri Zakaria Sulong, Duta Besar Malaysia ke United Kingdom yang bertajuk ‘Towards Progressive Transformation: The Road Map’. Peserta seterusnya diraikan dengan majlis makan tengahari bersama Datuk Seri Zakaria Sulong dan juga Lord Mayor Cllr Collin Inglis sebelum bertolak ke King George’s Dock Hull.


Rombongan Kem 1Malaysia Excel Cruise Camp bertolak ke Zeebruge, Belgium dari Port of Hull dan pelayaran mengambil masa selama lebih 14 jam sebelum sampai ke Zeerbruge Port di Belgium. Di dalam pelayaran para peserta mengambil peluang beramah mesra dan kenal mengenali antara satu sama lain dan beberapa diskusi ilmiah santai dapat diadakan diatas kapal pelayaran ‘Pride Of Bruges’ .


Rombongan Kem 1 Malaysia Excel Cruise Camp sampai di port Zeebruge pada pukul 8.30 pagi dan menaiki bas ke Bandar Bruges. Di Bruges, rombongan delegasi Kem 1 Malaysia Excel Cruise Camp sempat menikmati keindahan Bandar Bruges sebelum disambut oleh Yang Berbahagia Dato Zainuddin Yahya Duta Besar Malaysia Ke Belgium di St Christopher's at The Bauhaus pada pukul 1 tengahari. Pihak kedutaan Malaysia di Belgium berbesar hati menjamu para peserta dengan jamuan tengahari.


Seterusnya pada pukul 2 petang program disambung dengan ucapan pengerusi Hull Malay Club diikuti oleh taklimat 1Malaysia oleh Yang Berbahagia Dato Zainuddin Yahya. Wakil Kementerian Belia dan Sukan, Puan Wasitah Mohd Yusoff seterusnya memberi penerangan berkenaan program Rakan Muda Luar Negara dan juga kepentingan ‘i-volunteer’ sebagai salah satu nadi pembangunan modal insan Negara. Seterusnya forum kedua bertajuk Moderation in Islam: Wasatiyyah the Way Forward menyentuh kepentingan kesederhanaan dalam Islam di pengerusikan oleh Puan Emy Ezura Abdul Jalil, Ketua Wanita Kelab UMNO Hull.


Majlis penutup Kem 1Malaysia Excel Cruise Camp disempurnakan oleh Yang Berbahagia TYT Dato Zainuddin Yahya. Para delegasi kembali ke ‘Pride of Bruges’ pada pukul 5.30 petang 21 hb Disember 2011.


Sebahagian gambar program 1MECCA 2011



Ucapan utama daripada TYT Datuk Seri Zakaria bertajuk Towards Progressive Transformation:The Road Map

Token terima kasih kepada Lord Mayor Cllr Collin Inglis, Mayor City of Hull

Ucapan selamat datang daripada pengerusi UMNO Hull
Tetamu kehormat Lord Mayor dan Lady Mayoress
bersama TYT Duta Besar Malaysia ke UK




Peserta berehat menikmati coffee selepas forum pertama sementara menunggu majlis perasmian dan ucaptama


Para Ahli Jawatan Kuasa pendaftaran program
Perbincangan forum pertama yang dipengerusikan oleh Tn Haji Hasmi Asaari bersama panelist jemputan, Ustaz Amar dan Sheikh Marwazi


Breakfast di Four Season

Sembang-sembang Fiqah bersama Ustaz Amar dan Sheikh Marwazi

Dato Zainuddin memberi penerangan konsep 1Malaysia






















Menuju ke Guildhall City Centre Hull (atas)


















Bergambar diatas deck 'Pride of Bruge'






Berlatar belakangkan 'Pride of Hull' cruise yang pulang dari Amsterdam

















Forum di Hull : peserta dari York bertanyakan soalan berkenaan 'do we agree to disagree' tahuk forum pertama.























'Wasatiyah The Way Forward' sesi di Bruges (bawah) dan bersama pegawai kedutaan Malaysia Belgium (atas)



















Konsep 1Malaysia; ucapan daripada Duta Besar Malaysia ke Belgium (atas)






Sdr Pengerusi UMNO Hull memberi ucapan aluan (atas). Bersama TYT Dato Zainuddin dan Pn Wasitah Yusof (bawah)




















Grote Market Bruges (bawah)


















Para peserta manaiki bas dari Zeerbruge menuhu ke Bruges (atas) Sembang2 Costa bersama peserta di dalam Cruise (bawah)



Bersama TYT Datuk Seri Zakaria Sulong di Hull



















Para VIP's yang turut bersama dimajlis pembukaan di Guildhall City Centre Hull

'Do we agree to disagree': Perbincangan ilmiah, antara tajuk yang diutarakan didalam program

KESIMPULAN

Pogram Kem 1Malaysia Excel Cruise Camp 2011 telah berjaya menarik peserta para peserta dari seluruh UK dan Eire dengan pengisian program yang lebih berbentuk santai. Keseluruhan peserta dan para panelist juga amat berpuas hati dengan pengisian program yang dijalankan ini dan meminta pihak penganjur meneruskan program sebegini pada tahun hadapan. Walaupun terdapat beberapa kekurangan yang tidak dapat dielakkan dan disengajakan pada program kali ini tetapi secara keseluruhanya objektif program dapat disasarkan dengan berkesan.