Saturday 13 June 2009

Wacana Ta`dib Islami


Alhamdulillah, satu majlis forum Pembinaan Generasi Sallehudin Al-Ayubi telah berlangsung dengan lancar bertempat di North Community Hall, 37th Ave, HU68AU, Hull. Program julung-julung kali diadakan ini merupakan anjuran bersama Kelab Melayu Hull, Kelab UMNO Hull dan MISG-ABIM UK & Eire. Penyertaan program ini adalah dibuka secara percuma buat semua komuniti melayu di UK khususnya komuniti melayu Hull, ahli kelab UMNO UK dan ABIM UK & Eire. Program ini telah dijalankan pada hari Sabtu 13hb Jun 2009 yang lepas.


Ahli panel undangan pada program kali ini merupakan dua orang tokoh ilmuan yang terkenal iaitu Dr Mohd Farid Mohd Shahran (UIAM) dan Ustaz Erfino Johari (MSD). Aturcara program telah dimulakan dengan santapan makan tengah hari. Kemudian diikuti dengan sesi forum. Bagi adik-adik kecil, sesi tayangan video yang bersesuian telah disediakan buat mereka.


Antara intisari forum adalah mengupas kepentingan sistem pendidikan dalam melahirkan generasi ummah yang berketrampilan dan berdaya saiang. Dr Mohd Farid menekankan mengenai konsep pendidikan asas dalam merubah sesuatu pemikiran masyarakat. Ustaz Erfino pula menambah dengan tanggungjawab dalam membina ummah yang cemerlang terletak ditangan semua umat Islam dan usaha ke arah itu perlu dilakukan. Ia bersesuaian dengan firman Allah yang maksud Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, sehingga mereka berusaha untuk mengubahnya..
Kita sering kali melafazkan ayat berikut setiap kali kita mendengar musibah etc kematian "kepada Allah kita datang, dan kepada Allah jua kita dikembalikan". sebenarnya ayat ini secara tidak langsung menjawab 2 persoalan (tanpa jawapan yg tepat) yang telah timbul di kalangan tamadun barat. Persoalanya ialah dari mana kita bermula dan apa yang akan berlaku pada kemudian hari (pengakhiran kita). Sebab itu lahirnya cerita seperti "The Matrix" dimana jika kita hayati cerita ini, penulis cerita ini sebenarnya ingin melontarkan persoalan-persoalan pokok tentang permulaan dan pengakhiran kehidupan manusia.


No comments: