Saturday 13 June 2009

Suntikan Motivasi PhD


Satu majlis perkogsian ilmu dan motivasi bersama Dr. Mohd Farid Mohd Shahran telah diadakan dengan jayanya bertempat di 32 Sidmouth Street, Newland Ave. Program ini bermula dari jam 8.30pm sehingga 11.30pm pada 12hb Jun 2009 dan telah mendapat sambutan oleh semua lapisan umur warga Melayu Hull.





Pada amnya, program ini diadakan khas buat mereka yang sedang mengikuti pengajian di peringkat PhD, namun program ini telah dibuka kepada semua komuniti Melayu Hull. Dr. Mohd Farid Bin Mohd Shahran merupakan Penolong Profesor di Jabatan Usuludin dan Perbandingan Agama di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Beliau telah mendapat pendididkan awal di Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu, Negeri Sembilan (1984-1988). Beliau kemudianya meneruskan pengajian diperingkat ijazah dalam jurusan ilmu dan wahyu di UIAM (1990-1994). Memperoleh M.A dan PhD dlm bidang Pemikiran Islam di Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC). Thesis M.A beliau berkaitan dengan Mantiq sementara thesis PhD berkaitan dengan Fahaman Ketuhanan dalam ilmu Kalam.



Antara Intisari Motivasi beliau adalah pemikiran ilmu membawa kita mengenal Rabb dengan lebih mendalam. Beliau turut menyentuh mengenai konsep asas ilmu di mana ilmu boleh dibahagikan kepada dua iaitu ilmu fardu ain (wajib ke atas setiap individu) dan ilmu fardu kifayah (wajib ke atas manfaat masyarakat). Ini bertepatan dengan maksud fardu kifayah seperti penghantaran penuntut untuk mengikuti program PhD, sesetengah individu terpilih oleh kerajaan. Individu tersebut seharusnya berusaha bersungguh-sungguh sehingga berjaya kerana mereka mewakili sebahagian daripada masyarakat dalam mendalami pelbagai ilmu.


Program turut menyentuh mengenai dengan fahaman-fahaman akhidah di Malaysia. Antaranya adalah fahaman Islam liberal dan Sister In Islam (bahkan fahaman seumpama ini telah berkembang pesat dan telah menguasai media seperti di Indonesia). Di mana kita turut melihat kebanyakan mereka yang mengikuti aliran ini terdiri daripada golongan profesional. Hujah yang dibangkitkan oleh golongan ini seakan-akan bernas, hanya mereka yang alim dalam agama mampu mematahkan hujah yang dibangkitkan. Antara isu dan permasalahan yang ketara adalah mengenai golongan anti hadith atau menolak hadith kerana alasan mereka di antaranya dikatakan terdapatnya percanggahan antara hadith dan hadith itu sendiri telah ditulis secara formal selepas 200 tahun kemudian oleh para imam hadith termasuklah oleh Bukhari dan Muslim.


Kali pertama mendengar hujah ini, kita seakan-akan "goyang" kerana kita sendiri alpa dengan ilmu hadith dan kita tahu hadith telah ditulis secara formal selepas 200 tahun kemudian.

Sebenarnya adalah diperjelaskan, tiada percanggahan antara hadith-hadith "hasan" dan kita harus ingat bahawa minda warga Arab adalah mudah untuk mengingat kerana pemakanan mereka adalah terdiri daripada susu, buak kurma, buah badam which 'enhance' atau melahirkan pemikiran yang tajam bagi mengingati sesutu perkara. Hadith sebenarnya telah ditulis untuk catatan individu, sebelum ditulis semula secara formal oleh imam Bukhari dan Muslim pada 200 tahun kemudian.


Majlis diakhiri dengan solat maghrib secara berjemaah dan santapan malam yang telah disediakan oleh tuan rumah dan juga yang dibawa oleh ahli komuniti.

No comments: