Sunday 21 June 2009

Aktiviti memetik buah Strawberry


Satu aktiviti memetik buah Strawberry di PYO telah diadakan. Aktiviti ini bertujuan memberi pendedahan kepada umum tentang pokok Strawberry. Selain itu, ianya bertujuan mengisi masa hujung minggu bersama komuniti Melayu di bumi Hull. Aktiviti ini telah dijalankan pada hari Sabtu 20hb Jun 2009 yang lalu.







Ladang Strawberry PYO terletak hampir 8 batu dari bandar York. Harga yang dikenakan bagi setiap kilogram buah Strawberry yang hendak dibawa pulang adalah £3.45. Tiada bayaran yang dikenakan jika kita memakan buah Strawberry di ladang. Oleh itu kita bebas memakan sebanyak mana yang boleh!!!...








Selain penuh dengan khasiat vitamin, buah ini jua melicinkan sistem kumbahan manusia, justeru itu, adalah diingatkan kepada pemakan agar dapat menyediakan diri di dalam 'toilet' bagi hari berikutnya.





Aktiviti diteruskan dengan melawat National Train Museum yang terletak di bandar York. Masuk ke dalam museum ini adalah percuma dan hanya beberapa 3D (visual) pameran yang dikenakan sedikit bayaran. Museum ini ditutup pada jam 6 petang.


Hampir semua keretapi yang terkenal di dunia boleh dijumpai di dalam museum ini. Penerangan yang diberikan adalah terperinci. Ia meliputi dari bagaimana engin stim berfungsi sehingga ke set peralatan hidangan yang terdapat dalam sesebuah kereta api.





Museum ini amat sesuai dilawati oleh semua lapisan umur khususnya mereka yang mengambil bidang kejuruteraan. Ini kerana museum ini menyediakan keratan rentas bagi kereta api berkuasa stim.





No comments: