Saturday 30 May 2009

Gabungan Siri Al Kuliyyah dan Majlis Perpisahan


Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat ilahi dengan limpah kurnianya dapat kita bersama-sama menghadiri diri ke majlis gabungan Al Kuliyyah (lelaki dan wanita) yang telah diadakan serentak dengan majlis perpisahan pasangan keluarga Sdr Mohsin dan Sdri Roza. Majlis ini telah dihadiri oleh semua lapisan umur warga Melayu Hull.


Majlis bermula dengan solat asar berjemaah yang telah dipimpin oleh Sdr Hj Razali. Selanjutnya beliau juga turut mengisi majlis ilmu dengan membicarkan konsep ciri-ciri intelektual dan kejayaan berlandaskan prespektif Islam serta maksud perpisahan.


Program diteruskan dengan sesi perbincangan slot kesihatan oleh Dr. Thohiroh. Slot kali ini telah membincangkan mengenai penyakit 'swine flu' (selsema babi). Swine flu ini merupakan penyakit berjangkit yang disebabkan jangkitan microscopic organisms yang dikenali sebagai 'swine influenza virus'. Antara tanda-tanda jangkitan 'swine flu' adalah demam, batuk, sakit kerongkong, sengal tubuh, sakit kepala, seram sejuk dan kelesuan. Beberapa pesakit lain turut melap0rkan cirit-birit dan muntah.


Sdr Mohsin dan Sdri Roza turut memohon maaf dan mengucapkan ribuan terima kasih buat seluruh warga komuniti Melayu Hull di atas segala kerjasama dan bimbingan yang telah diberikan. Untuk pengetahuan umum, Sdri Roza dan keluarga bertolak kembali ke Malaysia kerana telah tamat dan berjaya dalam pengajian PhD di University of Hull pada baru-baru ini. Beliau telahpun berangkat pulang pada Sabtu, 30 Mei, 2009.




Sdr Meor Azli, yang jua Timbalan Pengerusi Kelab dan merangkap Pengetua Kelas Bimbingan Melayu Hull memberi informasi mengenai perjalan kelas tersebut. Untuk pengetahuan umum, sesi pendaftaran secara online akan bermula pada hari ini dan akan berakhir pada 5hb Jun 2009. Sila lihat lampiran surat di dalam yahoo group Melayu Hull.



Majlis diteruskan dengan jamuan yang telah disediakan oleh Sdr Mohsin dan Sdri Roza serta makan-makan yang telah dibawa oleh warga komuniti yang lain. Program berakhir dengan solat maghrib secara berjemaah yang telah diimamkan oleh Sdr Hj Razali.





No comments: