Saturday 23 May 2009

Perjumpaan bil 4 Kelab Remaja Hull


Satu pertemuan antara adik-adik remaja telah berlangsung dengan jayanya pada 23 hb Mei, jam 10.30am di padang University of Hull. Pertemuan ini bertujuan untuk mengeratkan ukhuwah dan mengetahui isu-isu semasa antara adik-adik.



Perjumpaan ini telah bermula dengan senaman aerobik. Pada mulanya ia diketuai oleh adik Anis. Ia diteruskan dengan acara memanaskan badan dengan slow jog sebanyak 8 pusingan. Tahniah buat adik-adik, akhirnya berpeluh jua (^_^).



Kemudian aktiviti diteruskan dengan sesi perbincangan mengenai konsep angin. Seperti mana yang ketahui angin terhasil daripada perbezaan tekanan yang wujud di bumi akibat kesan sinaran matahari. Selain itu, angin jua berlaku disebabkan pergerakan bumi kita yang sentiasa berputar.

Setiap adik-adik diminta untuk mengupas pandangan tersendiri mengenai isu yang dibincangkan.



Konsep prinsip Bernoulli jua turut dikupas semasa sesi perbincangan. Prinsip Bernoulli menyatakan bahawa jika hala laju sesuatu bendali itu tinggi, maka tekanan rendah. Adik Shahidah memberi contoh tralla yang sedang memecut laju, jika terdapat moto di tepi tralla tersebut, secara automatik, moto itu seakan-akan tertarik hampir kepada tralla tersebut. Manakala adik Syazana dan adik Anis mengutarakan konsep apungan kapal terbang. Adik Syafik turut menambah mengenai kosep tekanan, contohnya pada ketika kapal terbang 'take off' menuju ke atas, telinga kita akan bersa sakit.



Acara sukan luba lari antara adik-adik remaja jua turut diadakan. Adik Syafik (kumpulan A) dan adik Afam (kumpulan B) telah dipilih untuk menjadi pengurus pasukan. Bagi sesi pertama, johan larian telah jatuh kepada adik Syazana, manakala naib johan jatuh kepada adik Salwa. Bagi sesi kedua, johan telah jatuh kepada adik Shahidah, naib johan adik Nabila, dan tempat ketiga adik Nabiha. Pertandingak khas antara penganjur dengan pengurus pasukan telah dimenangi oleh adik Afam. Pertemuan kali ini telah berakhir dengan acara permainan tradisi "bola beracun". Semoga adik-adik remaja kita terhibur dengan aktiviti yang telah direncanakan.




No comments: