Monday 4 May 2009

Mesyuarat AJK Bil 3


Satu mesyuarat ahli jawatankuasa kali ke 3 telah diadakan di rumah Pengerusi Kelab, Saudara Shafudin. Mesyurat ini telah bermula mulai jam 2.40pm hingga 4.20pm pada 4 Mei 2009 (Isnin) yang lalu.

Matlamat mesyuarat ini adalah untuk membincangkan perkembangan semasa aktiviti kelab dan perancangan aktiviti sempena cuti summer yang bakal menjelang.




Antara intisari mesyuarat bil 3 adalah :
  • Cadangan untuk memperkasakan blog melayu dengan membuat beberapa rangkaian dan capaian seperti "link" laman sawang MSD, jumlah pelawat dan info seperti kaedah-kaedah jika dilanda musibah seperti pengurusan jenazah dan senarai keperluan kedatangan pelajar baru.

  • Memperkenalkan bidang tugas bagi setiap AJK agar melicinkan perjalanan program kelab.

  • Sekolah Melayu Hull iaitu kelas bimbingan akan diteruskan, walaubagaimanapun, kita akan cuba mendapatkan tempat bagi tujuan menjalankan kelas tersebut dari sekolah-sekolah yang berhampiran. Program ini dijangkakan bermula pada hari Sabtu pertama bulan Jun ini (6 jun 2009). Justeru itu, pendaftaran kelas akan diadakan pada sabtu, 30 mei 2009. Pada peringkat permulaan, jika masih tiada tempat, kelas bimbingan ini akan diadakan di 3 buah rumah yang berdekatan iaitu rumah Saudara Zahari, Saudara Razali dan Saudara Ahmad.


Aktiviti yang dirancang pada bulan hadapan adalah :

  1. Suntikan Motivasi PhD Bersama Dr Mohd Farid Shahran (malam 12hb jun 2009, bertempat di rumah Saudara Ahmad. Sasaran: post-graduate).

  2. Seminar Ta`dib Islami. (sabtu, 13hb jun 2009, bertempat di North Community Hall, Hull. Anjuran Kelab Melayu Hull, Kelab UMNO hull dan MISG-ABIM UK& Eire. Pengisian 1: Tasawur Islami & Tradisi Ilmu, Pengisian 2: Pembinaan generasi Sallehudin Al-Ayubi dan Tajdid serta tayangan video untuk kanak-kanak kecil. Program ini turut mengundang kelab-kelab Melayu / UMNO yang berdekatan dengan bumi Hull, masa : dijangka bermula 2.30pm hingga 5.00pm)
  3. Program Hari Keluarga
  4. Lawatan ke Scarborough sambil program 'carboot sale'

No comments: