Saturday, 9 May 2009

Perjumpaan bil 3 Kelab Remaja Hull

Alhamdulillah satu perjumpaan antara adik-adik remaja kita telah berlangsung dengan jayanya di rumah Saudara Shafudin. Perjumpaan ini telah bermula seawal jam 11:00 am hingga jam 1:00 pm pada hari sabtu bersamaan dengan 9hb Mei 2009 yang lalu.

Perjumpaan pada kali ini telah dimulakan dengan senaman aerobik yang telah diketuai oleh adik Nashrul. Senaman ini telah dibuat di bahagian belakang rumah saudara Shafudin. Aktiviti diteruskan dengan sesi "memperkenalkan diri" daripada ahli-ahli remaja yang tidak dapat menghadirkan diri pada sesi pertemuan sebelum ini.

Program telah diteruskan dengan sesi perbincangan tentang implikasi penggunaan internet di kalangan remaja. Setiap dari ahli diminta memberikan sekurang-kurangnya satu pandangan peribadi terhadap isu yang dikemukakan. Alhamdulilah, adik-adik telah memberi respons yang positif dan bernas terhadap isu yang dibincangkan. Ini menunjukkan adik-adik remaja kita peka terhadap perkembangan semasa.

Aktiviti disambung dengan permainan berkumpulan. Permainan ini dikenali sebagai "Kelopak, jantung", cara bermainnya ialah : ada 2 kumpulan 'atau pun lebih' , kemudian ada satu leadder yang akan tunjukkan arah siapa akan cakap dulu .

Dan satu lagi permainan yg di panggil 'goreng pisang' . Terdapat 2 kumpulan :
Kumpulan A : adik Afham, adik Hakim, adik Syahida, adik Salwa dan adik Zana . Kumpulan B: adik Syafiq, Adik Nadia, adik Anis, adik Nabilah dan adik Ecah .

1 comment:

anissalinn said...

ralat : kelopak jantung..
bukan gantung..