Sunday 26 April 2009

Kelab Remaja Hull

Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi dengan limpah kurnianya telah dapat kita mengumpulkan anak-anak remaja Melayu Hull ketegori sekolah menengah dalam satu perjumpaan bersama Pengerusi Kelab dan Ketua Biro Dakwah dan Pendikan.

Perjumpaan ini telah diadakan dengan jayanya di kediaman rumah Sdr Hj Razali pada hari Sabtu 25 April jam 7 pm-8.30 pm yang lepas.

Matlamat utama perjumpaan ini adalah untuk menubuhkan Kelab Remaja Hull. Bilangan remaja dibumi Hull didapati kian meningkat dan kita melihat ia adalah satu perkembangan positif. Dibawah kelab ini, para remaja akan diajar dan diberi kebebasan untuk berdiskusi antara mereka samada mengenai ilmiah mahupun menentukan/merancang aktiviti yang bersesuaian untuk diadakan dikalangan mereka. Kelab ini dipimpini oleh adik Nashrul dan adik Syahida. Kelab ini akan dibimbing oleh Pengerusi dan AJK Kelab Melayu Hull.

Selain itu, kelab ini jua bertujuan untuk melatih remaja kita untuk lebih berketerampilan agar dapat berdaya saing dengan masyarakat melalui pendedahan melaksanakan perbincangan, membuat kertas kerja dan semangat tampil kehadapan untuk melontarkan pandangan serta progam pertukaran anak angkat.

Semoga Kelab Remaja Hull dibawah pimpinan adik Nashrul dan adik Syahida dapat berkembang maju dan mencapai matlamat penubuhanya. ameen...

No comments: