Saturday 2 May 2009

~Kelab Remaja Hull~

Satu perjumpaan adik-adik remaja telah diadakan di padang University of Hull pada 2 Mei 2009 pada jam 10am-12.30pm. Pertemuan ini merupakan pertemuan kali kedua buat adik-adik selepas pembentukan Kelab Remaja Hull pada 2 minggu yang lepas.



Antara intisari pertemuan adalah :
  • Adik Zana telah dilantik sebagai setiausaha Kelab Remaja Hull.
  • Setiap kali pertemuaan akan dimulakan dengan senaman aerobik. Senaman ini akan dilakukan secara bergilir di kalangan adik-adik.

  • Sukan antara ahli "bola beracun"
  • Perbahasan peringkat remaja Komuniti Melayu Hull.




Sehubungan itu, wakil Kelab Remaja Hull, adik Nashrul dan adik Syahidah menjemput adik-adik remaja yang lain untuk menghadiri sesi perbahasan antara Kumpulan A (adik Hakim, adik Aisya, dan adik Nadia) dengan Kumpulan B (adik Syafik, adik Salwa, dan adik Syahidah) yang akan diadakan pada minggu hadapan. Perbahasan pada kali ini akan dipengerusikan oleh adik Nashrul dan adik Zana.



Tajuk :

Kesan Penggunaan Internet di kalangan Remaja

Venue :

Rumah Saudara Shafudin

Tarik & Waktu :

9 Mei 2009 (11am)

1 comment:

Anonymous said...

mesti best kn ! tapi nak tanya sket boleh tak? yg nie ayatnya 'adik-adik remaja yang lain untuk menghadiri sesi perbahasan antara Kumpulan A (adik Hakim, adik Aisya, dan adik Nadia) dengan Kumpulan B (adik Syafik, adik Salwa, dan adik Syahidah) yang akan diadakan pada minggu hadapan.' knapa tak de nme Afham eh? pelik gak. ((: