Thursday 15 April 2010

Doa Selamat, Bacaan Yaasin dan Tazkirah

Syukur kehadrat Ilahi dengan kurnianya perjalanan majlis doa selamat,bacaan yaasin dan tazkirah telah berjaya direalisasikan dengan jayanya. Berkat kehadiran semua warga Melayu Hull amat dirasai kemesraan dan semangat kekitaan yang sedia ada.



Namun disebalik kegembiraan tersebut amat dihargai apabila ada di kalangan ahli Kelab Melayu yang sanggup untuk berkongsi ilmu, pengalaman dan ketokohan yang ada bagi memimpin majlis serta mengukuhkan siraturrahim yang terjalin.





Majlis dimulai dengan solat zuhur secara berjamaah diimamkan oleh Saudara Nazri dan Saudara Azli (Pemangku Pengerusi) kerana tak cukup ruang....Bagi sesetengah pula bersolat di rumah masing 2 akibat kekangan tugasan yang tidak dapat dielakkan. Namun segala halangan dan cabaran tersebut dilalui dengan penuh iltizam dan kusyuk tanpa mengira ruang yang sempit bagi mendengar, membaca dan menghayati bacaan yaasin serta tazkirah yang disampaikan.




Saudara Azli (Pengerusi Majlis) mengalu-alukan kedatangan semua ahli kelab dan mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama yang diberikan. Semoga majlis ini menjadi perintis kepada majlis yang serupa pada bulan-bulan hadapan; di samping aktiviti-aktiviti lain yang sedang dirancang oleh pihak AJK Kelab untuk kebaikan bersama.





Bacaan Yaasin dimulakan tepat 1.45pm dan disusuli doa selamat oleh saudara Ahmad Rohidi agar seluruh warga Melayu sama ada penuntut, pekerja dan anak2 sentiasa dalam lindungan, keberkatan dan rahmat Allah S.W.T hendaknya. Seterusnya saudara Nazri memberikan tazkirah berkaitan MENGUMPAT untuk renungan bersama. Sikap seperti ini menjadi lumrah dalam kehidupan bermasyarakat. Namun beberapa tapisan semasa menerima berita perlu diamati, dihayati dan diamalkan agar mengumpat tidak menjadi fitnah yang berleluasa. Antaranya :


1. Adakah berita / cerita yang disampaikan merupakan keburukan orang lain;

2. Adakah berita / cerita keburukan itu merupakan suatu yang sahih serta diakui kebenarannya; dan

3. Berita /cerita tersebut boleh menjadi faedah yang berguna untuk pendengarnya....agar keburukan yang didedahkan tidak menjadi panduan generasi penerus.




Alhamdulillah berkat perpaduan dan perkongsian bersama, jamuan dapat dirasai dalam suasana muhibbah sama ada di ruang tamu, atas tangga mahupun di dapur. Namun ruang yang sempit tak terasa kerana kemesraan dan semangat ukhwah yang terjalin telah memberikan kepuasan yang tak dapat dinilai dengan wang ringgit @ GBP.



Kesudahan yang baik amat diharapkan oleh setiap insan bergelar mukmin namun keberkesanan dan kesinambungan dalam beribadat, bermunakahat serta bermuamalat perlu diteruskan agar tauladan yang baik menjadi ikutan.








No comments: