Sempena cuti persekolahan 13/02/2010 - 21/02/2010 AJK persatuan telah menganjurkan dua aktiviti bagi memenuhi masa lapang anak-anak. Disamping itu juga ia dapat mengeratkan silaturahim di kalangan ahli persatuan.
Pertama, pada 13/02/2010 perlawanan bowling telah diadakan. Ahli-ahli telah dibahagikan kepada lapan kumpulan. Pada sesi kali ini kumpulan bujang telah menjadi juara.
Kedua, pada 20/02/2010 ice-skating telah diadakan. Walaupun ramai di kalangan ahli tidak mahir bermain ice-skating, sesi kali ini amat mengembirakan
Sesi bergambar setelah puas bermain ice-skating. Alhamdulillah program ice-skating berjalan dengan gembira tanpa sebarang 'kemalangan' berlaku.