Program telah dimulakan dengan bacaan surah Yaasin dan tahlil ringkas yang diketuai oleh Saudara Fuad. Kemudian ia diikuti oleh bacaan surah Al- Qiyaamah ayat 16-25 oleh Saudara Shafudin. Antara pengajarannya adalah Allah memerintah Nabi Muhammad agar tidak tergesa-gesa untuk mengafaz Al-Quran bila mana Malaikat Jibrail menurunkan wahyu. Allah SWT meminta agar baginda mendengar terlebih dahulu dan barulah menyebut ayat yang disampaikan. Selain itu Allah juga berfirman agar kita bersedia untuk kehidupan yang kekal abadi dan tidak terlalu mencintai kehidupan di dunia yang bersifat sementara.
Antara intisari tazkirah yang disampaikan oleh Saudara Meor Azli adalah:
- Kebersihan makanan-Islam menggalakkan umatnya untuk memakan makanan yang bukan sahaja bersih, halal malah ia mestilah suci.
- Selain itu, jika terdapatnya lalat yang hinggap lalu terjatuh ke dalam air minuman kita, minuman tersebut masih dianggap selamat untuk diminum, dengan syarat kita dikehendaki membenamkan kedua-dua kepak sayap lalat di dalam minuman tersebut. Ia bersesuai dengan hadith Rasulullah berkenaan lalat yg jatuh di dalam minuman kerana antara kepak lalat tersebut, mempunyai penawarnya (boleh mengneutralkan kesan dari kuman lalat).
- Saudara Fuad juga menambah mengenai kupasan konsep suci dalam mengambil wuduk; bermula dari jenis air hinggalah cara mengambil wuduk.
1 comment:
bagus-bagus ! sesuatu maklumat yang bagus dan boleh diikuti oleh manusia ! (:
Post a Comment