Thursday 8 October 2009

Raya Aidul Fitri 1430H (2009)


Selamat Hari Raya Aidul Fitri buat semua warga Melayu di UK amnya dan di Hull khususnya...tidak lupa warga Malaysia di mana jua berada. Setelah sebulan menunaikan ibadat puasa dengan penuh keimanan dan keinsafan, alhamdulillah kita bersyukur dapat dianugerahkan kesempatan untuk meraikan bersama kemenangan yang amat bermakna ini...iaitu melawan hawa nafsu.


Namun di sebalik kegembiraan ini, kita seharusnya tidak lupa pada insan-insan yang tidak berkemampuan untuk meraikannya...sama ada tidak berkemampuan @ tidak lagi mempunyai insan tercinta di sisi lagi.....kembali ke hadrat Ilahi...panggilan yang pasti tidak dapat tidak untuk kita menyahutnya (cepat @ lambat). Namun setelah kedatangannya tidak terlewat ataupun terawal baik sesaatpun. Justeru itu, marilah kita sama-sama bermaafan dan memanfaat hidup bermasyarakat diperantauan. Tidak rugi kita merendah diri kerana ular menyusuri akar tidak akan hilang bisanya. Namun semangat muafakat yang utuh bakal menyinari kemesraan, kegembiraan dan kegemilangan yang tidak ternilai oleh wang ringgit @ GBP.


Bagi warga Melayu Hull yang akan kembali ke tanahair tercinta....selamat berangkat dan kepulangan kalian ke pangkuan amat dinantikan agar segala ilmu yang diperolehi dapat dimanfaatkan bersama untuk kebaikan agama, bangsa dan negara. Sesungguhnya kecemerlangan kalian menjadi pendorong kepada warga-warga baru Melayu Hull untuk terus berjuang selagi keringat masih di badan ... bagi menggapai kegemilangan mendatang. Sesungguhnya kejayaan dan kecemerlangan kalian menaikkan lagi imej negara Malaysia di mata dunia.


Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Begitulah hasrat dan keinginan negara Malaysia untuk melahirkan bijak pandai yang mampu menyumbang kesinambungan kecemerlangan akademik dan insaniah di bumi tercinta. Sumbangan kalian amat dinanti-nantikan setelah berjuang bertahun-tahun diperantauan. Curahkanlah segala ilmu, panduan dan contoh tauladan terbaik yang diperolehi untuk dipraktikkan di negara sendiri. Biarlah hujan emas di negara orang; lebih baik berbakti di negara sendiri.


Bagi warga baru Melayu Hull kecapilah dan manfaatkanlah hidup berkomuniti agar tidak kekok di perantauan dan tidak sesat di perjalanan. Nun jauh di sana pelbagai dugaan dan cubaan sedang menanti. Namun keikhlasan berukhuwah dan ketulusan dalam kehidupan pastinya membuahkan kemenangan yang tidak ternilai.







































Tuesday 18 August 2009

Lawatan Muhibbah Ke Manchester United

Bersempena dengan semangat kesukanan dan ingin melihat dengan mata kasar suasana sebenar stadium dan perlawanan bola sepak diadakan, masyarakat Melayu Hull yang rata-ratanya peminat bola sepak telah berkunjung ke MUFC pada tanggal 5 Ogos yang lalu. Berbekalkan tiket masuk GBP 5 seorang, akhirnya termakbul jua hasrat untuk melihat perlawanan persahabatan antara MUFC vs Valencia (result 2-0).





Dengan diiringi 4 buah kenderaan berkonvoi (Sdr Azli, Sdr Zahari, Sdr. Jo & Sdr Tarm121) serta alat navigation (tomtom...garmin), perjalanan ke MUFC berjalan dengan teratur pada mulanya. Namun bila menghampiri MUFC, terdapat perbezaan tunjuk arah oleh Tomtom ...Garmin dll yang sewaktu dengannya. Ada tunjuk jalan short cut tetapi sesak...ada tunjuk jalan jauh tapi selesa. Akhirnya parking kereta di 3 tempat yang berbeza (bayaran GBP 10, GBP 8 dan GBP6). Walau bagaimanapun kecanggihan teknologi ciptaan manusia mesti ada kekurangannya....tersesat jalan....dll....namun sebagai insan biasa kita patut bersyukur kerana teknologi yang diringi dengan iman akan memandu kita ke arah Yang DiredhaiNya.


Setelah penat berkonvoi selama 2 jam (lebih kurang), akhirnya bihun goreng dan biskut menjadi santapan perut para peserta. Di perkarangan stadium MUFC menjadi saksi bahawa ahli 2 melayu hull pernah bersantai di sini bersama anak2 lelaki (termasuk 3 @ 4 orang perempuan).




Akhirnya perlawanan yang dinantikan telah tiba dan penonton seolah2 terhibur..w/pun hanya perlawanan persahabatan. Namun semangat OneMalaysia di kalangan rakyat Malaysia amat terserlah bila bendera Malaysia turut berkibat di MUFC. Penuntut dan rakyat Malaysia yang berbeza kaum turut sama bergambar melaungkan "Malaysia Boleh". Nun jauh disusuk hati terasa rindu negara tercinta .... namun semangat kekitaan yang ditunjukkan dapat menggapai kegembiraan bersama.

Sunday 16 August 2009

KEPULANGAN, ANGKUT BARANG & KETIBAAN AHLI BARU

Pada hari Selasa lepas, 11 Ogos, 2009 tiba giliran Dr. Ariff dan Syafa mengangkut barang untuk pulang ke Malaysia. Beliau telahpun berangkat pulang dengan penerbangan Emirates pada hari Khamis lepas, 13 Ogos, 2009.
Seperti tradisinya, ramai yang bermandi peluh membantu kerja-kerja angkut barang yang bermula daripada jam 10.00 pagi sehingga hampir 2.00 petang di 'garage' sdr. Ahmad. Syukur, hari itu cuaca panas dan tidak hujan, walaupun ada yang mengadu badan dan pinggang sakit.
Selepas ini pada 20 Ogos, 2009 Sdr. Fuad akan meminta bantuan yang serupa, sebab sudah hendak balik.
Pada hari esok, 17 Ogos, 2009, Puan Meii, suami dan 3 orang anak akan sampai melalui Humberside Airport dengan pesawat KLM 1497, jam 5.15 petang dan majlis sambutan akan diadakan di rumah Kak Rokimah, 32 Sidmouth Street, Hull HU5 2LB, mulai jam 7.00 malam.

Friday 7 August 2009

Program Ice Skating Kedua

Syukur, setelah agak lama merancang, akhirnya Ice Skating Kedua telah berjaya direalisasikan pelaksanaannya dan melibatkan hampir keseluruhan ahli dan anak-anak warga Melayu Hull pada 29.7.2009 yang lalu.

Hari ini merupakan hari terakhir penglibatan Sdr Ahmad Inamul Hasan Abu Zarin (nama glamour "Abang Hasan") bersama warga dan anak-anak Melayu Hull kerana selepas ini beliau akan berangkat ke Malaysia menemui keluarga dan .....tersayang nun jauh dari bumi Hull.
Walau bagaimanapun, akibat masalah teknikal gambar-gambar di Ice Arena tidak dapat dimasukkan ke laman web pada kali ini; hanya gambar kenangan selepas permainan di Clumber Street sahaja dapat diuploadkan.




Terima kasih tidak terhingga buat Sdr Hasan yang banyak menyumbang dan membantu anak dan warga Melayu Hull dalam mempelajari cara-cara dan teknik belajar 'roller blade' dan 'ice skating' .....maklumlah kat Malaysia tidak pernah terlintas pun....he ..he.. (bagi yang dah selalu kat oversea tu..memang dah pandai pun).


Nampak gambar Zuber, SU Kelab Melayu Hull, anak-anak dan Hasan 'posting'.

Wednesday 29 July 2009

Taman Oak Park






Nampak handsome teman-teman kita 'posting'. Program bersiar-siar, santai dan riadah, melepaskan penat setelah berjam-jam 'study', terutama teman-teman yang sentiasa bertemankan komputer.



Anak-anak Melayu Hull tidak melepaskan peluang bermain-main sepuas-puasnya di padang yang disediakan percuma kepada semua pengunjung. Banyak padang dan taman di Hull ini untuk semua keluarga merehatkan fikiran dan badan. Cuaca nyaman, panas sederhana memungkinkan anak-anak menghayati aktiviti sukan yang dilakukan.





Saturday 18 July 2009

Al-Kulliyah Siri 7 Sesi 2009/10



Alhamdulillah bersyukur kita kehadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya dapat kita bersama-sama menghadirkan diri ke majlis al-kuliyyah. Siri al-kuliyyah kali ini dapat dijalankan dengan jayanya di rumah saudara mantan pengerusi, saudara Zahari No. 29 Sidmouth Street, Newland Ave pada Tarikh 17 Julai 2009 (Jumaat malam sabtu) yang lalu.


Majlis ini telah dimulakan dengan bacaan surah al-kahfi dan terjemahan yang telah disampaikan oleh Saudara Shafudin. Antara intisari bacaan adalah bertapa pemuda(ashabul kafi) mencuba untuk menyelamatkan iman dan akhidah mereka daripada pemerintah yang kejam dan zalim. Mereka telah tiba di suatu gua dan memohon doa kepada Allah taala agar dipeliharakan iman mereka. Diberitakan mereka telah tertidur (ditidurkan oleh Allahyang Esa) selama 309 tahun.


Program diteruskan dengan ucapan tazkirah yang disampaikan oleh saudara Dr. Mazlan yang telah sampai ke bumi Hull untuk menghadiri upacara konvokesyen pengijazahan doktor falsafah. Antara intisari tazkirah yang disampaikan adalah mengenai konsep transformasi yang kian dibicarakan dewasa ini. Secara umumnya transformasi dapat dibahagikan kepada 4 cabang iaitu spiritual, emosional, intelektual, dan fizikal. Selain itu, saudara Mazlan turut memberi beberapa indikator yang patut dikurangkan/dicegah dalam menjalani kehidupan seharian ini. Indikatornya adalah jangan terlalu banyak makan, tidur, tidak suka ke majlis ilmu, tidak berasa bersalah apabila melakukan kesalahan, dan suka bercakap sesuatu yang tidak benar.


Saudara Mazlan turut menyambung perbahasan dengan menyatakan 3 jenis manusia ketika berhubung/ berkomunikasi iaitu kumpulan yang jenis suka bercakap mengenai manusia (people), kedua bercakap mengenai perkara/aktiviti (event), dan yang terakhir berkata mengenai pendapat/pandangan (idea). Dalam kehidupan bermasyarakat/berkomuniti atau bekerja (berorganisasi) terbahagi kepada 3 jenis kumpulan manusia; pertama terlibat dan aktif (engaged), kedua tidak terlibat sepenuhnya (non engaged, based on request), ketiga tidak terlibat langsung (orang jenis ini bukan sahaja tidak membabitkan diri, malah menggalakkan orang lain untuk turut tidak membantu dalam komuniti)

Tuesday 30 June 2009

Al-Kuliyyah 28 Jun, 2009

Alhamdulilah satu siri al-kuliyyah telah berlangsung degan jayanya di rumah adik-adik bujang (Khiril, Khairul, Ezzat dan Hasan)beralamat 223, Greenwood Ave pada hari Sabtu, 28hb Jun 2009 yang lepas.

Program ini telah dimulakan dengan bacaan al-matsurat yang telah dipimpin oleh saudara Shafudin.

Wednesday 24 June 2009

Mini Hari Keluarga & Penyampaian Sijil


Satu majlis mini hari keluarga komuniti Melayu Hull telah diadakan di Humber Bridge Park pada 21hb Jun yang lepas. Majlis ini telah bermula pada 12 tengah hari sehingga 4 petang dan telah dihadiri semua lapisan umur warga Melayu Hull.



Antara aktiviti yang telah dijalankan semasa mini hari keluarga ini adalah:-

BBQ dan Makan (sebahagian daripada makanan telah dibekalkan oleh kelab manakala sebahagian lagi telah disediakan oleh ahli komuniti secara pot luck)
Penyampaian cenderahati kepada ahli komuniti yang akan pulang ke Malaysia.
Penyampaian Sijil AJK Kelab UMNO Hull Sesi 2007/2008



BBQ; sememangnya aktiviti yang dapat meningkatkan semangat permuafaktan antara komuniti. Ini kerana, dalam usaha menghidupkan bara dan mengekalkan tahap kualiti makanan yang dibakar, ia sememangnya memerlukan kerjasama antara ahli yang terlibat.



Selain itu, kesudian warga Melayu di Scarborough dan saudara-saudari yang bekerja di bumi Hull untuk turun menyertai aktiviti kali ini menunjukan komuniti kita komited untuk bersama-sama meningkatkan hubungan ukhuwah yang telah terjalin.

Sunday 21 June 2009

Aktiviti memetik buah Strawberry


Satu aktiviti memetik buah Strawberry di PYO telah diadakan. Aktiviti ini bertujuan memberi pendedahan kepada umum tentang pokok Strawberry. Selain itu, ianya bertujuan mengisi masa hujung minggu bersama komuniti Melayu di bumi Hull. Aktiviti ini telah dijalankan pada hari Sabtu 20hb Jun 2009 yang lalu.







Ladang Strawberry PYO terletak hampir 8 batu dari bandar York. Harga yang dikenakan bagi setiap kilogram buah Strawberry yang hendak dibawa pulang adalah £3.45. Tiada bayaran yang dikenakan jika kita memakan buah Strawberry di ladang. Oleh itu kita bebas memakan sebanyak mana yang boleh!!!...








Selain penuh dengan khasiat vitamin, buah ini jua melicinkan sistem kumbahan manusia, justeru itu, adalah diingatkan kepada pemakan agar dapat menyediakan diri di dalam 'toilet' bagi hari berikutnya.





Aktiviti diteruskan dengan melawat National Train Museum yang terletak di bandar York. Masuk ke dalam museum ini adalah percuma dan hanya beberapa 3D (visual) pameran yang dikenakan sedikit bayaran. Museum ini ditutup pada jam 6 petang.


Hampir semua keretapi yang terkenal di dunia boleh dijumpai di dalam museum ini. Penerangan yang diberikan adalah terperinci. Ia meliputi dari bagaimana engin stim berfungsi sehingga ke set peralatan hidangan yang terdapat dalam sesebuah kereta api.





Museum ini amat sesuai dilawati oleh semua lapisan umur khususnya mereka yang mengambil bidang kejuruteraan. Ini kerana museum ini menyediakan keratan rentas bagi kereta api berkuasa stim.





Saturday 13 June 2009

Wacana Ta`dib Islami


Alhamdulillah, satu majlis forum Pembinaan Generasi Sallehudin Al-Ayubi telah berlangsung dengan lancar bertempat di North Community Hall, 37th Ave, HU68AU, Hull. Program julung-julung kali diadakan ini merupakan anjuran bersama Kelab Melayu Hull, Kelab UMNO Hull dan MISG-ABIM UK & Eire. Penyertaan program ini adalah dibuka secara percuma buat semua komuniti melayu di UK khususnya komuniti melayu Hull, ahli kelab UMNO UK dan ABIM UK & Eire. Program ini telah dijalankan pada hari Sabtu 13hb Jun 2009 yang lepas.


Ahli panel undangan pada program kali ini merupakan dua orang tokoh ilmuan yang terkenal iaitu Dr Mohd Farid Mohd Shahran (UIAM) dan Ustaz Erfino Johari (MSD). Aturcara program telah dimulakan dengan santapan makan tengah hari. Kemudian diikuti dengan sesi forum. Bagi adik-adik kecil, sesi tayangan video yang bersesuian telah disediakan buat mereka.


Antara intisari forum adalah mengupas kepentingan sistem pendidikan dalam melahirkan generasi ummah yang berketrampilan dan berdaya saiang. Dr Mohd Farid menekankan mengenai konsep pendidikan asas dalam merubah sesuatu pemikiran masyarakat. Ustaz Erfino pula menambah dengan tanggungjawab dalam membina ummah yang cemerlang terletak ditangan semua umat Islam dan usaha ke arah itu perlu dilakukan. Ia bersesuaian dengan firman Allah yang maksud Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, sehingga mereka berusaha untuk mengubahnya..
Kita sering kali melafazkan ayat berikut setiap kali kita mendengar musibah etc kematian "kepada Allah kita datang, dan kepada Allah jua kita dikembalikan". sebenarnya ayat ini secara tidak langsung menjawab 2 persoalan (tanpa jawapan yg tepat) yang telah timbul di kalangan tamadun barat. Persoalanya ialah dari mana kita bermula dan apa yang akan berlaku pada kemudian hari (pengakhiran kita). Sebab itu lahirnya cerita seperti "The Matrix" dimana jika kita hayati cerita ini, penulis cerita ini sebenarnya ingin melontarkan persoalan-persoalan pokok tentang permulaan dan pengakhiran kehidupan manusia.